26 Mac 2011

Keli Salai Lomak Cili Padi *Mas*

Assalamualaikum :D
Sebelum Kak Lin mulakan cerita tentang resepi kali ini,  Kak Lin nak citer pasal "Mak Kak Lin Nyaris Tertipu". Mak Kak Lin tinggal seorg di Kg, Kak Lin ajak tinggal dengan Kak Lin dia menolak kerana kat rumah Kak Lin pun x ada org kalau Kak Lin dan suami keluar bekerja.  

Pada hari sabtu 2 minggu lepas ada 2 org perempuan datang kerumah Mak Kak Lin, mereka kata mereka dari Jabatan Agama Johor bahagian zakat dan Mak Kak Lin telah terpilih untuk menerima zakat berjumlah RM10,000.00, tetapi dengan syarat Mak Kak Lin tak boleh beritahu pada anak-anak.  Kemudian mereka minta buku akaun Mak Kak Lin, nak tengok berapa banyak duit yang ada dalam akaun bank, tetapi dalam buku akaun tersebut memang kosonglah!. sebab semua buku Mak, Kak Lin yang pegang.  Lepas tu dia minta  Mak Kak Lin menyerahkan wang sebanyak RM 500.00 jika hendak mendapatkan wang RM10,000.00 yang mereka janjikan. Jika tidak wang RM 10,000.00 tersebut tak kan dapat. Mak Kak Lin kata "Mak Cik tak ada duit, hanya ada RM 30.00 sahaja, itu pun utk belanja dapur" Kemudian mereka kata "oleh kerana Makcik tak dapat menyediakan wang sebanyak RM 500.00 maka Makcik tak dapatlah wang RM 10,000.00 tersebut". Mak Kak Lin kata "tak apalah bukan rezeki makcik" mereka pun terus berlalu pergi.  Mak Kak Lin tak dapat nak ambil No Kereta mereka,  masa tu Mak Kak Lin tak pakai cermin mata, jadi tak nampak.  Berhati-hatilah pada ibu-ibu yang tinggal keseorangan dirumah.

Okeylah berbalik pada resepi kali ini "Ikan Keli Salai Lomak Cili Padi" resepi dari umah Mas Terima kasih Mas! muaaahhhhhh....sumber dari Kak Norma....Terima kasih juga pada Kak Norma. Kak Lin masak kaw! kaw! kepedasannya, makan pulak dengan nasi panas Wow! terangkat!

 KELI SALAI LOMAK CILI PADI
Sumber : Kak Norma  Resepi Dari Rumah : Mas 
Dicua Oleh: LinRosly

Bahan2:-
3 ekor ikan keli - dibersihkan 
*  cili padi  - terpulang banyak mana nk...
*  kunyit hidup 
* 1 biji bawang besar 
Santan - dr setengah biji kelapa - Kak Lin guna santan kotak
Sebiji limau nipis - Kak Lin guna asam keping
Garam dan perasa

Cara2:-
1.Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
2.Bahan-bahan bertanda  * ditumbuk halus ( Kak Lin kisar jer ). Kemudian,masukkan ke dalam periuk
3.Masukkan santan dan asam keping. Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan keli salai.
4.Masukkan garam dan perasa
5.Masak hingga kuah pekat dan boleh tutup api.

21 ulasan:

  1. Assalam kak lin memang menakutkan sekarang ni,nasib baik mak kak lin tak diapa2kan.memang sekarang ni si penipu2 tu duk aim warga emas yang tinggal keseorangan utk dijadikan mangsa

    BalasPadam
  2. Drool.. akak suka ni tau kak lin. letakkan sikit kencur, ok tak?? hee

    BalasPadam
  3. mak aihh...guna nama jabtn agama lak nak menipu.teruk betul laa perangai perempuan2 tuu..hish.sian org2 tua yg tertipu kalau ada laa kan.mmg dorg suke amik kesemptn kat org tua..huhu..syukur laa x diapa2kan..

    apa2pun nampak sedap laa keli tu..dlm umah ni sy je yg x reti2 lg nak mkn keli..hihi

    BalasPadam
  4. memang teruk perangai sesetengah org2 skrng ni...macam2 cara nak menipu..
    geramm mas baca cerita akak ni...

    ehhh..sedapnya tengok masak lemak keli tu...
    peberet mas....sukanya...
    dah terliur dah ni kak...meh semangkuk masak lemak tu..he...he..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum K.Lin,
    terperanjat Yatie baca citer akak ni...sampai hati pompuan tu nak tipu mak K.Lin..kita yg dengar ni pun rasa geram di buatnya...nasib baiklah mak K.Lin tak di apa2kan...syukur alhamdulillah..
    = ikan keli salai masak lemak mcm ni mmng sedapkan..terliur je tngk..sedapnya..

    BalasPadam
  6. mcm2 cara org nk menipu. lelaki ke pompuan sama jerk skrng.

    BalasPadam
  7. Salam kak Lin..
    Sekarang ni memang bnyk org yang jadikan kerjaya menipu sebagai sumber kewangan mereka.. Yag tak tahan tu siap masukkan bab atau hal agama supaya org senang tertipu..

    Kak lauk akak tu menusuk jiwa tau! Ikan tu kalau salai atas api lagi sedap kan.. Gambar siput sedut kat atas tu pun buat air liur Naz manitis ni..Mana tisu ni... Nak lap jap kihkih..kih...

    BalasPadam
  8. eeiii takutnya...macam2 cara orang nak menipu kan!
    apa apa pun keli masak lomak tu memang kaw betullah..terliur nih...ish dah la puasa..lari lah dulu :D

    BalasPadam
  9. Assalam kak Lin, alahai takutnya dgr kisah si penipu tu kan..teringat pula mak nieza kat kg.itulah keja diorang cari mangsa org tua yg tak tau apa2 kan.kena selalu hati2 kat kg nieza pun selalu jadi dia buat sembang tanya jln pastu ragut lak rantai..takut lak rasanya.

    masak lomak akak ni memang mabeles..nieza pun suka juga msk salai ikan mcm ni sulu teringat arwah abah selalu bakar ikan keli ni sebelum buat msk lomak memang best.nanti nk buat jugalah cari ikan keli dulu..hehe

    BalasPadam
  10. salam kak leen...
    org zaman skrg ni sanggup menipu orang lain demi utk kepentingan diri sendiri... dh byk yg berlaku. mujur mak kak leen jenis yg berhati2 & tak mudah ditipu...

    nampak sedap lemak ikan keli salai ni kak... sy jarang masak ikan keli ni.. hehe.. geli nak siang.. hahaha.. teruk betul.. selalu kalau masak... yg dah siap belah perut.. itupun masak goreng sambal pedas.. potong pendek2, goreng garing2 mmg best...

    BalasPadam
  11. Chik Mimi> Walaikumsalam.

    Syukur alhamdulilah Mak Kak Lin x di apa2kan...

    BalasPadam
  12. Yan > Kalau letak kecur lg bertambah sedap tapi ada org tak suka...

    BalasPadam
  13. Has Sue Comey > Mereka nak cari duit dg cara mudah...warga emas yg jadi mangsa.....Alhamdulilah Mak Kak Lin x diapa2kan...

    BalasPadam
  14. Mas > Manusia yg x ingat dosa begitulah caranya....cuma kena lebih berhati2...

    Sodap Masak Lemak Tu...Sudah Tentunya Akan Ada Siaran Ulangan...Hehehe

    BalasPadam
  15. Yatie > Walaikumsalam.

    Kalau dapat No. Kereta tu pasti Kak Lin dah buat report.

    Mmg sodap keli salai masak lomak ni...

    BalasPadam
  16. MokLong > Betul3 Mereka nak cari pendapatan dg cara mudah....mudahlah juga mereka dapat dosa!

    BalasPadam
  17. Naz > Walaikumsalam.

    Betul tu...kena lebih berhati2...

    BalasPadam
  18. Zarin > Hehehe Sedap tau keli masak lomak tu...

    BalasPadam
  19. Nieza > Walaikumsalam.

    Dalam keadaan sekrg mmg kena berhati2 Kak Lin selalu pesan pada mak jg percaya pd org yg x dikenali...

    Mmg sodap keli masak lomak tu...

    BalasPadam
  20. Madiha@Ratna > Walaikumsalam...Kak Lin dah selalu pesan pada Mak suruh berhati2..

    Keli masak lomak ni mmg sedap...

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Kak Lin,

    ini mcm nyer org pun ada kat dunia...kerja nak menipu aje...dgn orgtua pun boleh tergamak gitu..betul tak takut dosa punya org.Geram tau kak lin org yg suka cari kesempatan pada orgtua...kurang ajarr...sib baik mak kak lin jawab mcm gitu...padan muker dier.

    Dah geram2 ni kak lin hidangkan nur lauk ikan salai tu...dh mcm terasa kat tekak nur....ngeeee...arwah ayah nur suka lauk cam gini...huhu

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...