19 September 2012

Sardin Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum :D
Dah lama betul Kak Lin tak masak ikan kurung (ikan sardin) semalam teringin pulak nak makan ikan sardin...selalu masak guna resepi sendiri, semalam teringin pulak nak cari resepi lain dari yang lain, nak ubah2 selera laaaaa katakan.....cari punya cari terrrrjumpa resepi tu di SINI. Perrrrhhh!!!! sedapnya. Sarapan pagi ni siap Kak Lin buat  jemput2 air panas makan dengan kuah sardin semalam....

SARDIN MASAK KICAP PEDAS
Sumber : Nor@SecubitGaram 
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan2:-
1 tin kecil  sardin - Kak Lin guna sardin tin besar cap ayam
2 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang* Kak Lin letak 3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah - di mayang *Kak Lin letak 4 ulas bawang merah
1 sudu besar cili mesin
5-7 sudu besar kicap manis
5 biji cili padi - diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat* Kak Lin letak 1 labu bawang besar
1 biji limau kasturi
sedikit garam 
minyak


Cara2:-
Panaskan inyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api
Perahkan limau kasturi dalam masakan dan kacau rata
Angkat dan hidangkan.



24 ulasan:

  1. mas pun dah lama tak masak sardin kak..
    sedapnya tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sesekali mmg sedap...kalau selalu jemu gak...

      Padam
    2. Hate tinned sardin but your recipe with cili api & limau kasturi with my own slight changes of a lazy cook made me eat my own food. Your recipe was great

      Padam
  2. Salam kak lyn! alahaiiii sedapnya sardin :D paling suke sardin tp kdg tu syg nak bukak tin sardin pdhal kat sini byk cuma jarang2 beli sbb tu bila nak makan kena pkir 2 3 kali hihihi.... tp tgk sardin akak ni mcm nak g masak ler lauk malam ni hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam;
      Masak jgn tak masak...kalau dah masak sardin tu, jgn lupa tinggalkan utk Kak Lin tau...

      Padam
  3. Tq lin sudi cuba resipi ni.. nor pun dh lama.tk makan lauk sardin. Balik.dr KL baru2 ni ingat nk masak sardin gini.gak tp dh malam, anak2 nk makan yg ringan2 jer. Kiv dulu sardin jawabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r welcome Nor...
      Best! Sedap! Suka!....tak perlah Nor bila ada kesempatan bolehlah masak.

      Padam
  4. Assalamualaikum.. kak lin...
    wahhhh sedapnya... jemput2 panas cicah ngan sardin ni... nani kalau makan jemput2 pisang.. selalunya cicah nya sambal2 ikan bilis.. perghhh.. bestt! kan.. :) tapi dulu2 orang lama.. kalau buat bekfes cucur, cicah je ngan kuah apa yg smlm punya.. kari pun sodapppp...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nani;
      Mmg sedap Nani bila makan jemput2 cicah dgn sardin..mak Kak Lin pun cam tu kalau ada lebih lauk semalam, sarapan pagi nnt dia akan buat jemput2 atau lempeng.

      Padam
  5. salam syg kak lin,
    amboiii sadin kan mmg ksukaan kita..kt rumah tue stock sadin byk..en hubby sentiasa simpan buat stock..nnt zila try msk mcmnie plak la..thnks kak nor n kak lin:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam syg juga untuk adik akak ni;
      Masak jgn tak masak, kalau makan tu ingat2lah pd Kak Lin...hik3
      U r welcome sayang!

      Padam
  6. salam kak...syokkk lauk ni kak..lauk yg mantap dimakan lagi2 diwaktu urgent..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam :D
      Betul3 lauk diwaktu urgent...cepat dimasak sedap makan! hehehe

      Padam
  7. salam kak lin sedapnya hehehe tapi tuan badan ni kurang sikit dengan sardin selalunya masak2 untuk ahli majlis je hhehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Chik Mimi :D
      Oklah tu untuk ahli majlis pun tak per...sekurang2nya dapat juga pahala memasak...hehehe

      Padam
  8. slm Kak Lin...sedap lauk tu kak..mkn dgn panas2 ni mesti btmbh mkn...xperlu lauk lain dh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam QH :D
      Betul3 itu hari Kak Lin makan guna gear 5 tak tau ke? hik3

      Padam
  9. salam kak lin...fiza pun dah lama x makan sardin...pasni blh la try sardin masak kicap pedas....=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Fiza :D
      Boleh3 silakan...Terima kasih byk2 sebab dah ada niat nak mencuba...

      Padam
  10. Assallamualaikum kak Lin..

    Best pulak tgk ikan sardin akak buat masak kicap pedas cam ni.. Lapar pulak rasa perut ni..grrrrrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Naz :D
      Kalau lapar cepat2 gi makan...nanti kena gastrik...Kak Linnnn jugaaaaa yang susah...hehehehe

      Padam
  11. Salam Kak Lin.. Walaupun hanya menu sadin, tapi nampak sangat menyelerakan. Kalau lama tak makan, rasa teringin pula. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nur-nba :D
      Sempoi jer menu sardin Kak Lin ni sayang oooii...

      Padam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...