Assalamualaikum :D
Apa khabar semua rakan-rakan blog yang di rindui? Harap kalian semua beroleh kebahagian dan kesejahteraan hendaknya. Maaflah kerana Kak Lin dah lama tak mengemaskini rumah Kak Lin ni... Sibuk dengan urusan keluarga.... Bila urusan keluarga dah selesai...Kak Lin pulak kurang sihat. Kurang sihat sebab tak ikut
nasihat Doctor!!! huhuhuhuhu
Hari ni Kak Lin nak tayang Puding Trifle....Resepi daripada Azie Pelajar Pratikal di Pejabat Kak Lin. Kak Lin buat Puding Trifle ni juga atas permintaan Kak Fitriah sahabat Kak Lin di Facebook.
PUDING TRIFLE
Resepi: Azie
Dicuba Oleh: LinRosly
Bahan2:-
1 Buku Swiss Roll Cake* Vanila Atau Strawberry
1 Tin Susu Cair
2 Sudu Tepung Kastad
½ Sudu Esen Vanilla
2 Sudu Gula
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Peket Jeli * Perasa Mangga (Brand Nona)
Cara2 :-
1. Potong swiss roll kemudian susun di dalam loyang. Basahkan sedikit dengan air buah-buahan.
2. Masukkan susu cair, tepung kastard, esen vanilla dan gula ke dalam periuk dan masak hingga likat. Tuangkan di atas swiss roll tadi. Biarkan sebentar.
3. Taburkan pula buah-buahan dalam tin di atas kastard tadi.
4. Baki Air buah-buahan tadi tu di masak dengan Jeli kemudian tuang di atas taburan buah-buahan.
5. Sejukkan dan sedia untuk di makan.
Cara Layer:-
1. Susun swiss roll dalam loyang
2. Basahkan dengan sedikit air buah-buhan campuran
3. Siramkan pula dengan adunan kastard
4. Taburkan buah-buahan campuran
5. Akhir sekali siramkan adunan jeli tadi.
6. Sejukkan.
salam Kak Lin..
BalasPadamCantiknya puding triffle akak..Makan setelah disejukkan dalam peti ais best tu..
kaklinnn... kiter nak se`tupperware` tuhh! sodapppppp!
BalasPadamAssalammualaikum kak Lin, wah sedap ni kak...suka ler nanti nk cuba buat jugalah.
BalasPadamAs salam kak lin...nampak sedap trifle nie..lama tingin nk buat.atie minta izin copy resepi yer kak.TQ
BalasPadamsedapnya kaklin..makan masa musim panas ni..sedapnya..kita pun nak seloyang..hehe
BalasPadamsalam kak lin
BalasPadamsedapnya puding trifle ni..lama tk makan...terliur pulak la malam malam ni
as salam..kak lin salam perkenalan..sy sharifah..wah nmpak sedap jer triffle tu..dah lama teringin nak buat tapi lom ada masa lagi...kalau sudi followlah blog sy juga...tq
BalasPadami like it too..tapi tak penah cuba buat..senang tak nak buatnya??
BalasPadamsalam..
BalasPadamsedapnye.. terliur tq...:)
Assalam kak lin dah lama tak buat trifle tu nak sikit sedap kak
BalasPadamTQ KAK SUDI FOLLOW SY...SY NI BARU NAK BLAJA BERBLOG HEHEHE
BalasPadamselamat pagi kak lin..
BalasPadamwah......................ku suka trifle...nantinak try.
rindu dgnmu..jaga kesihatan yer
Salam Lin...waaaah akak terlambat datang..mesti dah abis dah triffle tuh...wat semula tuk akak Lin eh...muaaahhhh!
BalasPadamNaz > Walaikumsalam.. Baru pertama kali buat ni...sedap3.
BalasPadamHana > Sodapppp...rasa nak buat lagi...
BalasPadamNieza > Walaikumsalam...Kak Lin pun baru pertama kali mencuba...sedap!
BalasPadamAzatie Sayang > Walaikumsalam...Copylah..bila dah cuba jgn lupa paste kat blog..
BalasPadamAnymz > Sedap3...kalau makan musim panas dah tentu laju jer masuk mulut..hehehe
BalasPadamZarin > Walaikumsalam...Jgn makan puding malam2 sejuk ler...
BalasPadamShnadzarahalhabsyi> Walaikumsalam...Kak Lin dah follow dah...
BalasPadamLeyzajamil> Terlalu senang membuatnya...
BalasPadamMakSu Ayu> Terima kasih kembali..
BalasPadamChik Mimi> Walaikumsalam..Sedap3
BalasPadamSharifah Nadzarah> Sama2..
BalasPadamCitarasa Rinduan> Terima kasih Ayu...Kak Lin pun rindu gak dgn Ayu...
BalasPadamKakUmmi> Walaikumsalam...Dah habis dah Kak...nak buat semula? Tunggu Kak Ummi datang umah baru Lin buatkan untuk Kak Ummi...hehehe
BalasPadam