23 Februari 2011

Puding Trifle

Assalamualaikum :D
Apa khabar semua rakan-rakan blog yang di rindui? Harap kalian semua beroleh kebahagian dan kesejahteraan  hendaknya.  Maaflah kerana Kak Lin dah lama tak mengemaskini rumah Kak Lin ni... Sibuk dengan urusan keluarga.... Bila urusan keluarga dah selesai...Kak Lin pulak kurang sihat. Kurang sihat sebab tak ikut
nasihat  Doctor!!! huhuhuhuhu

Hari ni Kak Lin nak tayang Puding Trifle....Resepi daripada Azie Pelajar Pratikal di Pejabat Kak Lin. Kak Lin buat Puding Trifle ni juga atas permintaan Kak Fitriah sahabat Kak Lin di Facebook.

PUDING TRIFLE
Resepi: Azie
Dicuba Oleh: LinRosly

Bahan2:-
1  Buku Swiss Roll Cake* Vanila Atau Strawberry
1  Tin Susu Cair
2  Sudu Tepung Kastad
½ Sudu Esen Vanilla
2 Sudu Gula
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Peket Jeli * Perasa Mangga (Brand Nona)

Cara2 :-
1. Potong swiss roll kemudian susun di dalam loyang. Basahkan sedikit dengan air buah-buahan. 
2. Masukkan susu cair, tepung kastard, esen vanilla dan gula ke dalam periuk dan masak hingga likat. Tuangkan di atas swiss roll tadi. Biarkan sebentar.
3. Taburkan pula buah-buahan dalam tin di atas kastard tadi.
4. Baki Air buah-buahan tadi tu di masak dengan Jeli kemudian tuang di atas taburan buah-buahan.
5. Sejukkan dan sedia untuk di makan.



Cara Layer:-
1. Susun swiss roll dalam loyang
2. Basahkan dengan sedikit air buah-buhan campuran
3. Siramkan pula dengan adunan kastard
4. Taburkan buah-buahan campuran
5. Akhir sekali siramkan adunan jeli tadi.
6. Sejukkan.


26 ulasan:

  1. salam Kak Lin..
    Cantiknya puding triffle akak..Makan setelah disejukkan dalam peti ais best tu..

    BalasPadam
  2. kaklinnn... kiter nak se`tupperware` tuhh! sodapppppp!

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum kak Lin, wah sedap ni kak...suka ler nanti nk cuba buat jugalah.

    BalasPadam
  4. As salam kak lin...nampak sedap trifle nie..lama tingin nk buat.atie minta izin copy resepi yer kak.TQ

    BalasPadam
  5. sedapnya kaklin..makan masa musim panas ni..sedapnya..kita pun nak seloyang..hehe

    BalasPadam
  6. salam kak lin
    sedapnya puding trifle ni..lama tk makan...terliur pulak la malam malam ni

    BalasPadam
  7. as salam..kak lin salam perkenalan..sy sharifah..wah nmpak sedap jer triffle tu..dah lama teringin nak buat tapi lom ada masa lagi...kalau sudi followlah blog sy juga...tq

    BalasPadam
  8. i like it too..tapi tak penah cuba buat..senang tak nak buatnya??

    BalasPadam
  9. Assalam kak lin dah lama tak buat trifle tu nak sikit sedap kak

    BalasPadam
  10. TQ KAK SUDI FOLLOW SY...SY NI BARU NAK BLAJA BERBLOG HEHEHE

    BalasPadam
  11. selamat pagi kak lin..
    wah......................ku suka trifle...nantinak try.

    rindu dgnmu..jaga kesihatan yer

    BalasPadam
  12. Salam Lin...waaaah akak terlambat datang..mesti dah abis dah triffle tuh...wat semula tuk akak Lin eh...muaaahhhh!

    BalasPadam
  13. Naz > Walaikumsalam.. Baru pertama kali buat ni...sedap3.

    BalasPadam
  14. Hana > Sodapppp...rasa nak buat lagi...

    BalasPadam
  15. Nieza > Walaikumsalam...Kak Lin pun baru pertama kali mencuba...sedap!

    BalasPadam
  16. Azatie Sayang > Walaikumsalam...Copylah..bila dah cuba jgn lupa paste kat blog..

    BalasPadam
  17. Anymz > Sedap3...kalau makan musim panas dah tentu laju jer masuk mulut..hehehe

    BalasPadam
  18. Zarin > Walaikumsalam...Jgn makan puding malam2 sejuk ler...

    BalasPadam
  19. Shnadzarahalhabsyi> Walaikumsalam...Kak Lin dah follow dah...

    BalasPadam
  20. Leyzajamil> Terlalu senang membuatnya...

    BalasPadam
  21. MakSu Ayu> Terima kasih kembali..

    BalasPadam
  22. Chik Mimi> Walaikumsalam..Sedap3

    BalasPadam
  23. Citarasa Rinduan> Terima kasih Ayu...Kak Lin pun rindu gak dgn Ayu...

    BalasPadam
  24. KakUmmi> Walaikumsalam...Dah habis dah Kak...nak buat semula? Tunggu Kak Ummi datang umah baru Lin buatkan untuk Kak Ummi...hehehe

    BalasPadam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...