Assalamualaikum :D
Semalam Kak Lin berbuka dengan kurma, hehehe itu dah semestinya kan? asparagus goreng, telur masam manis, popia goreng, puding karemel, dan kari ikan tenggiri, tapi...Kak Lin sempat ambil gambar kari ikan tenggiri sahaja. Maaflah yer menu yang lain2 tu tak dapat nak tayang kat sini sebab dah tak sempat nak ambil gambar, dah dekat sangat waktu berbuka...
KARI IKAN TENGGIRI
Sumber : CMG
Bahan2:
2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana, kerat ikut suka bersih dan toskan
10 batang bendi muda, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 cawan santan
1/2 cawan jus asam jawa
3 1/2 camca besar rempah kari ikan Baba's
1 camca besar penuh cili kisar
4 biji bawang merah, kisar halus
3 ulas bawang putih, kisar halus
1 kiub ikan bilis "maggi" (optional)
1 inci halia, dikisar halus
Air secukupnya
Garam dab gula secukup rasa
Bahan Tumis:
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, lurut - Kak Lin tak bubuh, kehabisan stock hik3
1 camca teh halba campur
Cara2:
Bancuh rempat kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.
Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat...
assalamualaikum kak leen...
BalasPadamakak sihat? tahun ni raya kat mana kak? balik segamat tak? semoga akak sihat2 sentiasa ye.... slmt berpuasa..
Walaikumsalam Ratna
PadamAlhamdulilah sihat, akak raya kat BP Raya pertama baru balik Labis, tak balik Segamat lagi dah...
Assalam kaklin, kari ikan tenggiri memang sedap, selain dari sedap rasa kari tu, ikan pun memainkan peranan yg pentingkan, isi dia lembut je, hurmmm bestnya kak lin
BalasPadamWalaikumsalam Rosa,
PadamSekali sekala ubah2 selera, kalau selalu menu yg sama jemu gak..
Lama benarlah rasanya tak datang ke rumah kak Lin... selamat berpuasa kak!
BalasPadamSelamat Berpuasa...:)
Padamsalam syg kak lin,
BalasPadamsemalam zila pun plan nk masak ikn tenggiri..tapi mak aii semuanya besar2..he hehe last2 beli caru ..enth nk masak apa lak ptg nie..buntu la kak..masakn kaklin semua best2 la..:)
Walaikumssalam Zila,
PadamKak Lin pun sayang kamu, Kalau Kak Lin ikan caru tu suka bakar jer...
Salam kak..teringinnya nak makan org lain masak selain beli kedai..boleh?? hehe..klu sy mesti nak kepale tenggiri..bestnya tgk kari akak..
BalasPadamWalaikumsalam Lela,
PadamBoleh3 Jo datang umah akak, akak tolong masakana...hik3