Assalamualaikum :-)
Hari ni Kak Lin mengambil
kesempatan untuk mengemaskini blog Kak Lin yang dah lama bersarang...kalau
sarang burung walet tu boleh juga dijual2....ni tak taulah sarang ape....
tabuan ke? labah-labah ke? atau ape jerlah...semoga ada kawan2 yang masih ingat
pada Kak Lin... Untuk pengetahuan semua hari ni Kak Lin masak Laksa Penang
sedap... sebab dah lama tak makan. Tapi resepi ni memang sedaplah.... Jom kita
tengok siapa yang punya resepi ni...
Resepi : TokMak
Dicuba Oleh : LinRosly
1 packe laksa kering (rebus dengan sedikit minyak hingga lembut)
Buang air rebusan - rendam dengan air sejuk biasa cuci dan toskan.
Kuah Laksa :-
7 ekor ikan selayang @ keropok (Kak Lin guna ikan kembung)
rebus dengan sedikit garam. Kemudian asingkan isi dan tulang. Kisar isi ikan jangan terlalu halus. Kisar tulang ikan tapis airnya sahaja.
1 tin kecil sardin - kisar jangan terlalu halus
3 sudu besar lada kering kisar
3 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
seruas lengkuas - dititik
sedikit belacan
1 sudu besar petis - Kak Lin tak letak
1/2 gula kabung
Asam keping ikut masam yang dikehendaki
Garam dan gula mengikut rasa
Daun kesom
Bunga kantan
Bahan Hiasan :-
Timun (Kak Lin sagat)
Bawang besar - potong bulat
Lada hidup merah - potong bulat
Sambal belacan
Limau kasturi
1. Kisar semua bahan2 bertanda* kecuali daun kesom dan bunga kantan.
2. Masukkan kesemua bahan2 kedalam periuk dengan air rebusan ikan dan air ikut suka nak banyak mana.
3. Masak diatas api perlahan...masak dalam keadaan merenih lama.
4. Masukkan garam dan gula mengikut selera masing.
5. Kemudian bolehlah dihidangkan...