09 Ogos 2012

Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum :D
Ayam Goreng Berempah resepi asal Fp Chef Joha dan Kak Lin ambil daripada blog Mamasya yang telah Kak Lin cuba, perrhhh sedap! terasa semua rempah-rempahnya....masa tengah mengoreng pun dah terbau akan aromanya.....Terima kasih Mamasya sayang...Muaaahhhh.


AYAM GORENG BEREMPAH
Sumber : Fp Chef Joha
Blog: Mamasya 
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan2:-
1 kg ayam segar - dipotong ikut citarasa
1.5 inci halia - ditumbuk
1.5 inci lengkuas - ditumbuk
1.5 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar dan ditumbuk halus
1 sudu teh jintan halus - disanggar dan ditumbuk halus
1 sudu besar cili kisar - tanpa cuka / cili serbuk
3 ulas bawang putih
2 sudu besar gula halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng


Cara2:-
Potong ayam di bersihkan dan dibuburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan.  Semua bahan2 rempah biji bijian (disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas ditumbuk jangan terlalu halus (jangan di blen). Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus, serbuk rempah yang ditumbuk. Diperam di peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kuali. Jangan terlalu banyak bila digoreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2.


16 ulasan:

  1. salam follow sini.. kenapa yer tiap kali saya buat ayam goreng berempah jadi hitam tak cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Salmi,
      Terima kasih sudi follow blog Kak Lin..

      Padam
  2. salam sayang kak lin.
    akk zila suka btl mkn ayam goreng..lagi2 klu buh rempah2 mcmtue..klu boleh nk makan hari2 pun x per la..myelerakan la kak lin:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Zila Sayang,
      Kalau makan masa panas2 lagilaa sedap..

      Padam
  3. ayam goreng memang laku kat rumah mas...
    sedapya tengok kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua org suka makan ayam goreng kan Mas, tapi anak2 lagi suka...kalau hari2 ayam goreng pun dia org tak rasa jemu..

      Padam
  4. Assalam kak lin, sedapnya ayam berempah, kat rumah ni, menu ayam sentiasa laku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Rosa,
      Betulah lagi kalau dimakan masa panas2

      Padam
  5. Salam k.lin. dtg jamu mata dg ayam goreng berempah K.Lin hidangkan....mmg enak ayak ni...terasa rempahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Mamasya
      Mmg betullah Mama terasa rempahnya...sedap!
      Terima kasih Mama Kongsi Resepi.

      Padam
  6. salam kak Lin..ayam goreng ni dah trbau hingga keperak larrrr kak!:D.

    cantik header..munge biru

    BalasPadam
  7. Walaikumsalam Atie,
    Jauhnya...terbau sampai ke Perak..

    Kak Lin mmg suka warna biru...lembut gitu...

    BalasPadam
  8. Salam kenal. Tkasih akk ambek resepinya buat berbuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga daripada saya,
      Terima kasih sudi mencuba :D

      Padam
  9. Assalamualaikum Kak LIn sayang

    kenapa Nur boleh terlepas pandang blog kak Lin...sangka Nur akak tk update blog.
    Nur nk check balik lah nanti blog Nur bila dh senang2...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Lin sekeluarga...Nur pohon ampun dn
    maaf jika terdapat kesalahan yg pernah Nur lakukan...maalum lah kita nie
    manusia tk sunyi dari membuat kesilapan...jika terkasar bahasa harap dimaafkan ya kak!! Akhir sekali moga kak Lin ceria dipagi syawal dn berkumpul dgn anak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nur :D
      Selamat Hari raya Maaf Zahir Batin...

      Padam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...