22 Ogos 2010

Ikan Kembung Kukus

Assalamualaikum :D
Resepi ni Kak Lin tak ingat datangnya dari mana, rasa2nya dalam majalah sedap, rasa masam2 sikit...bolehlah kalau untuk diet....makan menu ni setiap hari pasti kurus!!! hik3


Bahan2:-
4Ekor Ikan Kembung
250Ml Air
6Ulas Bawang Putih – Dicincang
4Cm Halia – Dicincang
8Biji Cili Padi – Di Ketuk
4Batang Serai – Dititik
2Biji Tomato – Di Belah 2
4Biji Limau Kasturi – Ambil Airnya



Cara2 :-
Didikan Air Seketika Dan Masukkan Ikan. Tutup Periuk Dan Biarkan Ikan Masak. Masukkan Air Limau Nipis, Garam Dan Gula.
Akhir Sekali Masukkan Bawang Putih, Halia,Cili Padi Serai Dan Buah Tomato. Biar Sebentar Dan Angkat.


18 Ogos 2010

Mi Hailam

Assalamualaikum :D
Resepi ini pun resepi daripada buku Kak Lin, salinan dah beberapa tahun dahulu...tapi anak2, anak buah, adik2 suka sangat makan mee hailam ni....bila musim perayaan mesti ada yang suruh Kak Lin buat....



Bahan2:-
1 Kilo Mi Kuning
500 Gram Isi Ayam
10 Biji Bebola Ikan
5 Keping Fish Cakes
250 Gram Udang
1 Tangkai Sawi
1 Batang Carrot
100 Gram Bunga Kobis
2 Senduk Kecil Sos Tiram
6 Biji Bawang Putih
6 Biji Cili Padi
10 Biji Lada Hitam
1 Senduk Kecil Kicap Pekat
1 Senduk Kecil Sos Tomato
3 Sudu Tepung Jagung *Di Bancuh Dengan Air
- Garam Secukup Rasa 


Cara2:-
Mee Di Celor Kemudian Toskan. 
Cili Padi Dan Bawang Putih Di Tumbuk. Kemudian Di Tumis Di Dalam Periuk Hingga Naik Baunya. 
Masukkan Udang, Ayam, Fish Ball, Fish Cake Dan Air Secukupnya. Biarkan Mendidih. Kemudian Masukkan Sos Tiram, Kicap Pekat Dan Sos Tomato Serta Tepung Jagung Yang Telah Dibancuh Dengan Air. 
Akhir Sekali Setelah Mendidih Sekali lagi.  Masukkan Pula Sayur-Sayuran. Hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...