18 Ogos 2012

Kad Raya Dan Biskut Raya 2012




Assalamualaikum :D
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pada semua rakan-rakan blog yang tersayang...manalah tahu jikalau ada salah dan silap Kak Lin semasa meninggalkan komen atau pun semasa menjawab komen-komen kalian.  Sebagai seorang manusia ada masanya kita tak sedar apa yang telah kita perkatakan dan kita lakukan.

Ini pula biskut raya Kak Lin untuk tahun ini. Simple2 jer. Kak Lin tak banyak buat biskut raya, selebihnya Kak Lin beli kerepek dan rempeyek.


BISKUT DAHLIA
Resepi: Norazie - Resepi.net
Sumber : NoorshaMas
Dicuba Oleh: LinRosly 



Bahan2:-
300 gram mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan
160 gram gula aising - Kak Lin ikut Noorsha guna 120 gram
2 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - Kak Lin ikut Noorsha tambah
1 camca teh esen vanilla
240 gram tepung gandum*
100 gram tepung jagung*
160 gram tepung kastard (Kak Lin ikut Noorsha guna 200 gram)*
(*bahan bertanda* diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan

Cara2:-
Puter mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. (Noorsha pukul bersama mentega, gula aising, kuning telur dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua...tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang).

Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. (Untuk step ini, Noorsha masukkan tepung kastard dan tepung jagung terlebih dahulu... kacau rata dengan spatula, kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lebut dan mudah dibentuk).

Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga sia dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15-20 minit. ( Kak Lin pun macam Noorsha dan Mas guna suhu 130C dan bakar selama 20 minit....suhu ni bergantung pada jenis oven masing2 ya...jadi kenali oven anda...hehe)

Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


BISKUT NESCAFE
Resepi: LinRosly


Bahan2:-
1biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
2 camca nescafe
3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1/2 buku mentega
1 sudu esen vanilla

Cara2:-
Mentega, gula, susu, nescafe dan telur dikacau rata, masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung jagung. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. Terap mengikut bentuk bintang. Sapu kuning telur diatasnya letak manik kemudian bakar hingga masak.


BEBOLA KRISTAL
Resepi : Buku Chef Hanieliza
Dicuba Oleh : LinRosly 



Bahan A
250 gram tepung gandum
125 gran gula halus
125 gram minyak sapi

Bahan B
Pewarna merah, kuning dan hijau
Acuan kertas
Gula halus secukupnya

Cara2:-
1.Gaulkan semua Bahan A sehingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan warna yang berlainan seperti merah, kuning dan hijau.
3.Bentukkan adunan seperti bebola kecil dan cantumkan tiga warna seperti bebola besar sedikit.
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 20 hingga 25 minit.
5. Apabila sudah sejuk gaulkan kedalam gula halus. Masukkan kedalam acuan kertas.
6. Simpan dalam balang kedap udara.


TART PRUN
Resepi : Buku Chef Hanieliza
Dicuba Oleh: LinRosly


Bahan2:-
150 gram mentega
100 gram marjerin
150 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
50 gram tepung jagung*
50 gram tepung kastard *
350 gram tepung gandum* diayak

Cara:-
1. Pukul mentega, marjerin dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati
3.Masukkan tepung jagung, tepung kastard, dan tepung gandum yang sudah diayak dan digaul sehingga semua sebati dan menjadi doh lembut.
4.Canai leper dan terap menggunakan acuan bulat berbunga tepi
5. Letakkan buah prune yang sudah dihiris panjang ditengah biskut
6.Cantumkan bahagian bawah biskut dan susunkan dalam loyang
7Bakar selama 20 sehingga 25 minit pada suhun 170C
8.Sejuk dan simpan dalam balang kedap udara.


11 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak Lin cayang!!

    haaa..ini mlm2 Nur dtg bertandang ke sini...tk terlepas pandang lagi...hehehe..

    Cantik2 nya cookies akak nie...terliur kita tengok...utk Nur ada tk??

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Lin sekeluarga...Nur pohon maaf ya jika ada salah silap Nur...dh lama kita berkawan sejak dari Fp hanya bila di blog agak kurang akrab sedikit sebab kdg kak Lin seperti menyepi dn Nur pun ingatkan kak Lin dh aktif...apa2 pun moga persahabatan kita kekal selama nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nur :D
      Cookies Kak Lin ni biasa2 jer tiada yg istimewa...
      Jomlah beraya dirumah Kak Lin..

      Sama2 Kak Lin pun mohon maaf zahir dan batin selama kita bersahabat kot2 ada yg terguris dgn kata2 ke atau dgn perbuatan ke...ampunkan Kak Lin.. Insya Allah semoga persahabatan ini berkekalan selamanya...

      Padam
  2. Assalamualaikum kak Lin....
    selamat hari raya kak...
    amboii..banyaknya kuih2 raya..sedapp2 semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam :D
      Selamat Hari Raya Mas,
      Biskut ni jenis simple2 jer...tahun ni tk beraya di kg jadi cukuplah apa yang ada...

      Padam
  3. aslmkum kak lin.. selamat hari raya maaf zahir n batin atas salah n silap disepanjang persahabatan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Zana :D
      Sama2 Kak Lin pun sama Maaf Zahir & Batin Yer...

      Padam
  4. Salam lebaran Kak Lin..maaf lambat menziarahi blog akak..sy pun mohon maaf zahir batin pd akak. Selerenyer tgk biskut2 akak nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Lembaran juga daripada akak;
      Kak Lin juga mohon maaf zahir batin;
      Simple jer biskut akak tu... :D

      Padam
  5. salam syg kak lin..sedapnya dgr lagu raya,hidangan kuih raya byk pulak tue..semuanya cantik2..mcm kita nk g raya jer umah akk:) salam lebaran kak lin cygg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Zila Sayang :D
      Jomlah dtg beraya rumah Kak Lin, Salam lebaran juga dari akak yer sayang!

      Padam

Terima Kasih...Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...