Hari ini Kak Lin nak kongsi Rendang Daging resepi daripada Chef Sarji Ramli dari De Palma Hotel, Shah Alam. Pada Kak Lin memang sedaplah rasanya. Bahan2nya pun simple jer.... Rendang ni Kak Lin masak pada hari raya pertama tempohari tapi hari ini baru dapat dikongsi dengan rakan2 blog. Al-maklumlah sibuk beraya :D
RENDANG DAGING
Resepi : Chef Sarji Ramli - Majalah Saji 2006
Dicuba Oleh : LinRosly
Bahan2:-
600 gram daging*potong nipis atau dadu
400 gram santan
2 cawan minyak masak
30 gram bawang putih
60 gram bawang merah
40 gram serai
30 gram lengkuas
30 gram halia
20 gram kunyit
80 gram cili kering*kisar
1 helai daun kunyit*dihiris halus
gula dan garam secukup rasa
Cara2:-
1. Ambil bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas dan kunyit.
2. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan daging dan masak sehingga separuh lembut.
6. Masukkan pula cili kering yang telah dikisar bersama santan.
7. Masukkan pula daun kunyit dan kacau sehingga daging masak.
9. Masukkan garam dan gula secukupnya.
10. Setelah masak. Hidang bersama nasi himpit.
salam syg kak lin..
BalasPadami like bluee...:)..cantik blog akk ..suka tgok..kak lin aritu time raya x dapat mkn rendang ayam puas2 ..alahaiii bila akk show..terasa-rasa kat lidah nie la..kecur sungguh ..mkn dgn ketupat .aaiishhh x leh thn nengok kak:)
Walaikumsalam Zila :D
PadamBlog jer cantik tapiiii gambar masakannya tak secantik mana...hehehe...Kak Lin mmg suka makan rendang dengan nasi himpit atau ketupat..
Terima kasih Sayang :D
salam kak Lin cayangggg...Maaf la br sempat nk menyinggah kat sini.Terima kasih wishnya sempena anniversary atie semlm.Aminnn
BalasPadamNampak seda[ rendang milik chef yg akakcuba tu..klu ada lemang panas lggg bestkan.
Walaikumsalam Atie Sayang :D
PadamSama2 kasih...Mmg sedap rendang chef ni akak suka...
Kak Lin tak pandai buat lemang...jadi makan dgn nasi himpit jer..
Assallamualaikum kak Lin..
BalasPadamDatang lagi nak cuba post komen ni. Harap2 bolehlah kali ni yer..
Kak, nak rendang tu sikit.. Raya ari tu cam tak puas makan rendang sbb bnyk menu lain lagi. Jadi makan semua sikit2 jer...huhuhuuu...
Walaikumsalam Naz Sayang :D
PadamKalau tak puas makan bolehlah masak lagi...rendang ni boleh juga makan dengan nasi...
Salam balas kunjungan n salam kenal kak lin :)) terima kasih sudi singgah kat blog td, selamat ari raya jugak buat akak n family, sedapnya rendang klu guna ayam tua liat2 gitu kita suke daging pun gitu jugak suke yg liat2 :D
BalasPadamWalaikumsalam Sayang :D
PadamTerima kasih kembali...sama2 selamat hari raya...Kalau guna ayam tua mmg sedap lagi2 kalau dan mesra dengan rempah2nya..
Aslmkum K.Lin.sy raya ni tak buat rendang langsung.....mkn kat open house. nampak rendang k.Lin ni sedap....bahan2nyapun ringkas.nanti boleh cuba....lepas rayapun boleh mkn....
BalasPadamWalaikumsalam Mamasya Sayang :D
PadamLepas raya pun boleh masak...Kak Lin ni suka masak yg bahanya ringkas2 jer...hehehe
aslmkum kLin.. bila tgok rendang ni teringat2 rendang mak masa raya hari tu.. bestnya klau dpt mkn dengan lemang..
BalasPadamWalaikumsalam Zana Sayang :D
PadamTak per nanti raya haji kan ada...mungkin mak Zana masak rendang lagi...bolehlah makan dengan lemang..
sedapnya rendang daging..
BalasPadammakan ngan roti pun best nie...
Mmg sedap pun kalau makan dengan roti..
Padamlook at more info her latest blog click here to read a knockout post visit their website Continue
BalasPadam