08 Ogos 2011

Asam Pedas Ikan Sembilang

Assalamualaikum :D
Sebenarnya Asam Pedas Ikan Sembilang Ni Memang Kegemaran Suami Dan Anak-Anak Kak Lin. Al-maklumlah Suami Kak Lin Orang Muar...Di Muar Sememangnya Terkenal Dengan Masakan Asam Pedas Ikan Sembilang Terutamanya Di Kawasan Parit Jawa Dan Jalan Jonet.  Biasanya Dalam Asam Pedas Tersebut Mereka Bubuh Kelapa Bakar, Tu Yang Ada Rasa Lemak2. Resepi Yang Kak Lin Masak Ni Lebih Kurang Jerlah Cuma Tak Bubuh Kelapa Bakar....Yang Penting Bila Suami Dan Anak-Anak Makan Habis Licin...Kira Sedaplah Tu!

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
Resepi: LinRosly


Bahan:-
2 Ekor Ikan Sembilang
20 Tangkai Cili Kering
5 Ulas Bawang Kecil
1 Labu Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
2 Inci Halia
1 Inci Kunyit Hidup
1 Mangkuk Air Asam Jawa
2 Ikat Daun Kesum
2 Biji Buah Tomato
2 Mangkuk Air * Tambah Jika Tak Mencukupi
1 Sudu Kecil Gula
Sedikit Belacan
Garam Secukup Rasa


ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
Resepi: LinRosly


Cara:-
Ikan Sembilang Di Bersihkan Kemudian Di Perap Sebentar Dengan  Asam Jawa/ Perahan Limau Dan Garam. Kemudian  Di Basuh Bersih. Kisar Cili Kering, Bawang Kecil, Bawang Besar, Bawang Putih, Halia, Kunyit Dan Belacan.

Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Kisar Hingga Naik Baunya.  Masukkan  Garam, Gula, Air Asam Jawa Dan Tambah Air. Biarkan Mendidih. Masukkan Pula Ikan, Daun Kesum Dan Buah Tomato. Bila Ikan Telah Masak Bolehlah Di Hidangkan.


05 Ogos 2011

Ondeh-Ondeh Keledek "MamaFami"

Assalamualaikum :D
Hari Ini Kak Lin Nak Tayang Ondeh-Ondeh Keledek Resepi Dari MamaFami. Kak Lin Cari Keledek Merah/Orange Tapi Tak Jumpa, Kak Lin Beli Keledek Putih... Putih Pun Putihlah Janji Ada Rasa Keledek..... Inilah Dia Hasilnya. Tapi Taklah Secantik Yang Sifu Buat...Hehehehe

ONDEH-ONDEH KELEDEK
Sumber : MamaFami 
Dicuba Oleh: LinRosly



Bahan:-
2 Buku Ubi Keledek
Garam Secukup Rasa
Tepung Beras Pulut Secukupnya

Inti:-
Sekeping Gula Merah-Di Potong Dadu

Hiasan:-
Kelapa Parut Putih
Secubit Garam

Cara:-
Bersihkan Ubi Keledek Dan Dipotong Dadu. Letakkan Dalam Seperiuk Air. Tambah Garam Secukup Rasa. Rebus Sehingga Keledek Lembut. Tapiskan. Setelah Sejuk Lecek Keledek Sambil Masukkan Tepung Beras Sedikit Demi Sedikit Hingga Menjadi Doh Yang Lembut.

Kelapa Parut Di Campur Dengan Garam Kemudian Kukus Selama Kira-Kira 2 Hingga 3 Minit. Ambil Sedikit Dot Dan Letak Ditapak Tangan Letakkan Sekeping Gula Kelapa Ditengah-Tengah Dan Tutup Dengan Doh. Bulat-Bulatkan Seperti  Bola Dan Ulangi Hingga Adunan Habis.

Didihkan  Seperiuk Air Kemudian Masukkan Ondeh-Ondeh. Apabila Ondeh-Ondeh Telah Terapung Angkat Dan Golekkan Diatas Kelapa Tadi.


30 Julai 2011

Daging Halia

Assalamualaikum :D
Hari Ni Kak Lin Masak Daging Halia Untuk Anak-Anak Kak Lin. Resepi Dari Buku 1 Hari 1 Resepi. Sedap3 Anak-Anak Suka Makan. Alhamdulilah Sekali Makan Habis Licin....Hehehehe...

DAGING HALIA
Resepi : Chef Hanieliza
Dicuba Oleh: LinRosly




BahanA
500Gram Daging
1/2Cawan Air
2Sudu Makan Sos Tiram
1Sudu Teh Tepung Jagung
(Dibancuh Dengan 1 Cawan Air)
1Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
1Pokok Daun Bawang - Kak Lin Tak Bubuh
1Biji Tomato - Dipotong 4
3Biji Cili Merah - Dihiris
2Sudu Makan Minyak Masak
Garam - Jika Perlu

BahanB
5Inci Halia - Dihiris
3Biji Bawang Merah - Dihiris
3Ulas Bawang Putih - Dihiris



Cara:-
1.Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Yang Dihiris Hingga Layu
2.Masukkan Daging Dan Air. Masak Sehingga Daging Lembut
3.Masukkan Bancuhan Tepung Jagung, Lada Hitam Dan Sos Tiram. 
4.Masak Sehingga Pekat.
5.Masukkan Tomato, Cili Merah dan daun Bawang.
6.Sedia Untuk Di Hidang.


21 Julai 2011

Selamat Hari Lahir Kak Lin

Assalamualaikum :D
Hari ini adalah hari lahir Kak Lin. Terima kasih pada suami Kak Lin yang tercinta, anak-anak tersayang dan pada semua adik-adik ipar, anak-anak saudara dan sahabat-sahabat Kak Lin yang dikasihi yang telah mendoakan Kak Lin dan mengucapkan "SELAMT HARI LAHIR" buat Kak Lin di Facebook mahupun melalui sms.

Semoga kalian semua juga beroleh kebahagian dan senantiasa di dalam rahmat dan hidayah Allah hendaknya...Ameen...


DOA DIPANJANGKAN UMUR, SIHAT BADAN DAN TETAPKAN IMAN
**********************************************************************


Bismillahirrahmanirrahim


Allahuma thawwil a'maaranaa washahhiih ajsaadanaa wanawwir quluubanaa watsabbit iimaananaa wa-ahsin a'maalanaa wawassi 'arzazqanaa wa'anisysyarri ab' idnaa waqdlihawaa-ijanaa fiddiini waddunyaa wal-aakhirati innaka 'alaa kulli syai-in qadiirun.


Ertinya:-


"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah badan kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkan kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia dan akhirat.  Sesungguhnya engkau maha kuasa atas tiap2 sesuatu.

Hikmahnya:-

Agar kita mendapatkan keampunan dari Allah s.w.t dan dipanjangkan umur kita, serta disihatkan keadaan tubuh kita, dan dikuatkan iman kita. Allah s.w.t akan memudahkan rezeki kita dalam hidup ini, Allah akan jauhkan kita dari sifat-sifat tercela dan nista yang akan mengurangi iman kita. Agar hajat kita akan selalu dipenuhi oleh Allah s.w.t. Agar lebih banyak mengejakan amal ibdat dan amal soleh. Akan dijauhkan dari segala musibah dan bencana.

Ameen...

20 Julai 2011

Ayam Tiga Rasa Syg

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak kongsi resepi Ayam Tiga Rasa Sayang. Resepi daripada Mesra. Net. Sedap rasanya,  tapi maaflah gambar tak secantik rasanya sebab guna kamera handphone.

AYAM TIGA RASA SAYANG
Resepi : Mesra.Net 
Sumber : LinRosly
Bahan2:-
½ Ekor Ayam
1 Biji Bawang Besar
3 Ulas Bawang Merah Kecil
4 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
1 Batang Serai
½ Cawan Air
2 Sudu Makan Cili Kisar
1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
2 Sudu Makan Serbuk Kari Baba’s – Kak Lin Guna Serbuk Kari Rajas
2 Sudu Makan Sos Tiram
2 Sudu Makan Kicap Manis
2 Biji Buah Tomato
- Garam Dan Bahan Perasa Secukupnya


Cara2:-
1. Bawang Besar, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia Dan Serai Di Hiris.
2. Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan-Bahan Yang Dihiris Sehingga Naik Baunya.
3. Masukkan Cili Kisar, Serbuk Kunyit, Serbuk Kari, Sos Tiram Dan Kicap Manis.
4. Gaul Sampai Terbit Minyak.
5. Kemudian Masukkan Ayam, Air, Garam Dab Bahan Perasa.
6. Setelah Ayam Hampir Masak Masukkan Pula Buah Tomato Dan Hidang.


18 Julai 2011

Award Dari *Matahari71*

Assalamualaikum :D
Terima kasih sahabat tersayang yang sudi memberikan Award ini, akan senantiasa digantungkan disini seagai kenang-kenangan.


Kak Lin Terima TAG Dari Ana Abdullah.  Terima Kasih Ana Kerana Masih Ingat Pada Kak Lin. 7 Perkara Tentang Diri Kak Lin? Apa Dia Yer? Tak Ada Yang Menarik, Biasa-Biasa Jer.

1) Kak Lin Dilahirkan Di Labis, Johor. Anak Kedua Daripada 4 Beradik.  3 Perempuan Seorang Lelaki Tetapi 2 Orang Telah Meninggal Dunia Semasa Kecik Dan Adik Bongsu Kak Lin Meninggal Dunia Ketika Berusia 30 Tahun Akibat Barah. Sekarang Kak Lin Jadi Anak Tunggal Kesayangan Mak!

2)Masa Kak Lin Bayi Dulu Menurut Kata Mak Memang Kak Lin Kuat Menangis Tak Kira Siang Malam, Tapi Badan Semakin Montel. Mak Bawa Pergi Jumpa Doktor, Doktor Tu Kata Ini Budak Banyak Sihat….Lepas Tu Mak Jual Kak Lin Dengan Orang Lain Dan Tukarkan Nama Kak Lin Kepada Nama Lain, Barulah Tak Nangis Sebab Sesuai Dengan Nama Baru Kot!

3)Masa Kecik Kak Lin Tinggal Dengan Mak, Nenek Dan Mak Saudara. Nenek Suka Pergi Pancing Ikan Kat Sungai. Kak Lin Pun Suka Ikut Nenek Tapi Selalu Kena Marah Sebab Kak Lin Buat Bising Sampai Nenek Tak Dapat Ikan. Lepas Tu Sekali Sekala Jer Nenek Bagi Ikut.

4)Masa Sekolah Rendah Kak Lin Punya Ramai Kawan,  Mereka Semua Sekampung Dengan Kak Lin. Setiap Petang Dia Orang Datang Umah Kak Lin Main Lombat Getah, Main Pondok2, Main Belon Acar Dan Main Nyorok-Nyorok. Seronoknya!

5)Masa Usia Kak Lin 13 Tahun Kak Lin Dah Mula Bantu Mak Buat Kuih Raya.  Mak Jual Kuih Bahulu, Bangkit, Kek Dan Biskut.  Paling Kak Lin Tak Suka Pukul Telur Buat Kuih Bahulu. Aduss! Satu Badan Bau Telur!! Tapi Itulah Kenangan Yang Tak Dapat Dilupakan Hingga Kini…

6)Kak Lin Bekerja Kemudian Berkahwin Dengan Rosli Bin Mohamad. Lepas 3 Tahun Berkahwin Kak Lin Dan Suami Pergi Menunaikan Fardu Haji Bersama-Sama Keluarga Sebelah Suami Kak Lin. Lepas 4 Tahun Balik Daripada Menunaikan Fardu Haji Baru Kak Lin Melahirkan Anak Pertama 2 Tahun Kemudian Anak Kedua Dan  Anak Ke 3 Lahir Dalam Tahun 1997. Allah Telah Memperkenankan Doa Kak Lin. Alhamdulilah.

7)Pada Tahun 2001 Kak Lin Menghidapi Demam Denggi Berdarah Dan Telah Dihantar Ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Masa Tu Kak Lin Rasakan Usia Kak Lin Juga Tak Panjang seperti Adik Dan Kakak Kak Lin Tapi Alhamdulilah Allah Masih Sayangkan Kak Lin Dan Kak Lin Masih Bernafas Dibumi Allah Yang Indah Ini.

Kak Lin Tak Ada Nak TAG Sesiapa…Kalau Ada Yang Nak Bercerita Tentang Diri Sendiri Sila Ambil Tag Daripada Blog Kak Lin.  Terima Kasih.


17 Julai 2011

Kek Jagung Kukus

Assalamualaikum :D
Resepi kek Jagung Kukus ni dah lama benar Kak Lin simpan tak tahulah ambil daripada mana pun dah lupa...cuba2 buat alhamdulilah menjadi laa pulak....

KEK JAGUNG KUKUS
Sumber : Koleksi Keluarga

Bahan2:-
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Margerin
2 Cawan Tepung Gandum
5 Biji Telur – Di Pukul
1 Tin Jagung Manis Berkrim
1 Sudu Besar Baking Powder
- Pewarna Kuning



Cara2:-

1. Ayak Tepung Bersama Baking Powder
2.  Kacau Gula Dan Marjerin Sampai Kembang. Kemudian Masukkan Telur.
3.  Masukkan Tepung Bersama Baking Powder Yang Telah Di Ayak.
4. Masukkan Pula Pewarna Kuning Dan Kacau Rata.
5. Akhir Sekali Masukkan Jagung.
6. Sapu Loyang Dengan Marjerin Dan Tuangkan Adunan Kemudian Kukus Hingga Masak.



02 Julai 2011

Nasi Ayam

Assalamualaikum :D
Nasi Ayam resepi daripada Mat Gebu...sedap dan enak rasanya...anak2 suka sangat tambah nasi berkali2....alhamdulilah.

NASI AYAM
Sumber : CMG 
Dicuba Oleh: LinRosly 



Bahan Nasi Ayam :-
4 Cawan Beras Basmathi, Cuci Dan Rendam 25 Minit, Toskan
6 Cawan Stok Sup Ayam (Resipi Dibawah)
1 Helai Daun Pandan, Disimpul
1 Batang Kayu Manis
1 Kuntum Bunga Lawang
5 Kuntum Bunga Cengkih
2 Biji Buah Pelaga
1 Inci Halia, Dititik
2 Ulas Bawang Putih, Dititik
1 1/2 Camca Besar Marjerin (Mat Guna Mentega)
Garam Secukup Rasa

Bahan Sup Ayam :-
1 Ekor Ayam Sederhana Besar
15 Cawan Air
1 1/2 Inci Halia, Hiris Kasar Dan Titik
5 Ulas Bawang Putih, Dititik
1 Batang Kayu Manis
1 Kuntum Bunga Lawang
5 Kuntum Bunga Cengkih
3 Biji Buah Pelaga
1 Camca Besar Bawang Goreng
1 Pokok Daun Sup, Kerat 2
10 Kuntum Cendawan Butang Dlm Tin, Belah 2 Setiap Satu
1/2 Batang Lobak Merah, Didadu
2 Biji Kentang Sederhana Besar, Didadu
1/4 Bahagian Bunga Kobis, Potong Sekuntum2
2 Kiub Pati Ayam "Maggi"
1 Camca Teh Lada Hitam, Tumbu Halus
Garam Secukup Rasa




Bahan Sos Cili Halia :-
5 Biji Cili Merah
1 Biji Tomato
1/2 Cawan Stok Sup Ayam
1/2 Inci Halia, Dititik
Gula Dan Garam Secukup Rasa

Bahan Perap Ayam :-
2 Camca Besar Madu
2 Camca Besar Kicap Pekat
1 Camca Teh Lada Hitam, Tumbuk Halus
1 Camca Besar Mentega
2 Ulas Bawang Putih, Tumbuk Halus

Bahan Hiasan/Ulaman :-
Tomato, Dihiris
Timun, Dihiris
Daun Salad, Cuci Setiap Kelopak, Dan Toskan
Hirisan Daun Sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng




Cara2:-

1. Untuk Sup Ayam :- 
Ayam Dipotong 4, Cuci Bersih Dan Toskan. Dalam Periuk Satukan Semua Bahan2 Untuk Sup Kecuali Bunga Kobis, Lobak Merah, Kentang Dan Lada Hitam. Jerang Hingga Mendidih Dan Masukkan Ayam. Masak Dengan Api Sederhana Selama 30 Minit. Keluarkan Ayam Tadi Dan Biar Kan Sejuk. Cedok Keluar 6 Cawan Stok Untuk Memasak Nasi Dan 1/2 Cawan Lagi Untuk Sos Cili Halia. Kemudian Masukkan Lada Hitam, Lobak Merah Dan Kentang Dalam Baki Kuah Sup, Terus Memasak Hingga Empuk, Masukkan Bunga Kobis Dan Cendawan Butang, Masak Sekejap Lagi. Rasa Dan Jika Perlu Tambah Air Lagi Dan Garam Secukup Rasa. Hias Dengan Hirisan Daun Sup/Daun Bawang Dan Bawang Goreng Sebelum Dihidangkan.

2. Untuk Nasi Ayam :- 
Panaskan Marjerin/Mentega Dalam Kuali, Tumis Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih Dan Buah Pelaga Hingga Harum, Masukkan Halia, Bawang Putih Dan Daun Pandan. Kacau Rata Dan Masukkan Beras, Goreng Beras Dengan Bahan2 Tadi Selama 1 Minit. Alih Beras Tadi Dalam Rice Cooker, Tuang Stok Ayam Dan Gaul. Tambah Sedikit Garam. Masak Seperti Biasa. Bila Nasi Masak, Balik2 Kan Nasi, Tapi Jangan Ganas2, Nanti Beras Basmathi Patah2...Tak Cunn... Tabur Dengan Hirisan Daun Sup/Daun Bawang Dan Bawang Goreng Sebelum Dihidangkan.

3. Untuk Ayam Panggang Segera :- 
Ayam Yang Telah Disejukkan Tadi, Dilumur Dengan Bahan Perap Kecuali Mentega Dan Perap Selama 30 Minit. Sudukan Sedikit Mentega Pada Setiap Bahagian Ayam Dan Lumur Rata. Bakar Pada Suhu 190 C Selama 8 - 10 Minit Untuk Setiap Bahagian. Hidangkan Bersama Ulam2 Dan Sos Cili Halia.

4.  Untuk Sos Cili Halia :- 
Cili Merah, Bawang Putih Dan Tomato Dikisar Halus, Tuang Dalam Periuk, Masukkan Stok Ayam Dan Halia. Masak Hingga Mendidih, Masukkan Gula Secukup Rasa Dan Sedikit Garam Jika Perlu. Masak Dengan Api Kecil Sehingga Pekat. Biar Sejuk Dan Boleh Hidangkan Bersama Nasi Ayam Tadi...


11 Jun 2011

Daging Singgang

Assalamualaikum :D
Daging ada kat dalam peti sejuk dan tak tau lagi nak masak apa, belek2 buku 1hari 1 resepi jumpa pulak resepi daging singgang....bahan2 semuanya cukup maka inilah yang terhidang....

DAGING SINGGANG
Resepi : Chef Hanieliza 
Dicuba Oleh : LinRosly




Bahan2:-
500 Gram Daging
3Keping Asam Gelugur *Kak Lin Letak Sekeping Jer
3Ulas Bawang Putih
4Inci Lengkuas
3Inci Kunyit Hidup
1Sudu Makan ketumbar
1Sudu Teh Jintan Manis
10Biji Cili Padi
Garam Dan Air Secukupnya


Cara2:-
1.Daging Dihiris Nipis
2.Ketumbar Dan Jintan Manis Ditumbuk Kasar
3.Masukkan Kesemua Bahan Kecuali Garam Dan Cili Padi Ke Dalam Periuk.
4.Masak Sehinggan Daging Lembut
5.Masukkan Cili Padi Dan Garam Secukup Rasa
6.Hidangkan Dengan Nasi Putih Dan Sambal Belacan.



01 Jun 2011

Follower Award - Dari Amie

Assalamualaikum :D
Terima kasih pada sahabatku yang sudi memberikan Award ini dan akan senantiasa digantungkan disini sebagai kenang-kenangan...


Kak Lin nak ucapkan Terima kasih buat Amie kerana sudi menghadiahkan Award yang cantik ni pada Kak Lin dan masih ingat pada Kak Lin walaupun agak lama Kak Lin tak mengemaskini blog ni.  Sudah agak lama juga Amie hadiahkan Award ni tapi baru2 ni jer Kak Lin berkesempatan untuk mengambilnya dari rumah Amie...Terima kasih.....Muaaaaahhhhhh.....

Buat masa ni Kak Lin tersangatlah sibuknya dengan tugas-tugas di Pejabat...Kak Lin sibuk mengemaskini akaun-akaun perniagaan pelanggan untuk dihantar dan dilaporkan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berakhir pada 30hb Jun 2011. 

Masak tetap masak lebih-lebih lagi masa cuti sekolah ni, semua anak-anak ada dirumah cuma Kak Lin tak berkesempatan untuk mengambil gambar masakan.   Harap Maaf yer rakan-rakan blog yang disayangi lagi dirindui... Insya Allah awal Julai nanti Kak Lin akan mula aktif berblog....


11 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum :D
Kak Lin ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" pada semua sahabat-sahabat blog yang telah bergelar Ibu.  Semoga kasih kita terhadap Ibu akan terpahat di hati. Untuk Fie Terima kasih daun keladi...hehehe... kerana sudi menghadiahkan Award buat Kak Lin sempena hari Ibu. 

Award Daripada Fie 

Khas Untuk Anak-Anak Kak Lin....
Ibu nak ucapkan Terima kasih buat Along yang bersusah payah mencari idea dan hadiah untuk diberikan pada Ibu. Terima kasih juga buat Angah  dan adik yang berada di Kluang juga telah mencuri masa menalipon Ibu semata-mata untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu". Semoga kalian bertiga akan menjadi anak-anak yang soleh, solehah, cemerlang di dunia dan akhirat. Aminnnn.....



04 Mei 2011

Hari Keluarga Usrah Sai'edah 2011

Assalamualaikum :D
Pada semua rakan-rakan blog maaf Kak Lin pohonkan kerana telah agak lama Kak lin menyepikan diri tanpa mengemaskini rumah Kak Lin ini. Untuk pengetahuan kalian semua Kak Lin sibuk sesangat dengan tugas-tugas di Pejabat sehingga 30 Jun 2011. Bukan Kak Lin  tak memasak tapi tak sempat nak ambil gambar...

Hari ini Kak Lin mengambil kesempatan untuk membersihkan rumah Kak Lin yang dah bersarang ni, dengan memasukkan gambar-gambar Hari Keluarga Usrah Sai'edah yang ke 3 pada 30hb April hingga 1hb April 2011 di A Famosa Resort, Melaka.


Baru sampai di hadapan A Famosa Resort, Melaka.
Sempat lagi anakanda2 berposing sakan!




"Acara Petang"
Permainan Bola Tampar Dan Polo Air Pun Bermula...




"Acara Malam"
Pertukaran Cenderahati, Karaoke, BBQ, Mewarna Dan Teka Teki....Kemudian zzzzZZZZZZZZZ




"Acara Pagi"
Tahlil Untuk Arwah Abah Dan Mak, Sarapan Dan Sukaneka Pun Bermula!


Inilah anak buah Kak Lin yang mula2 terjun kolam! kelam kabut ayahnya terjun untuk menyelamatkannya....rupa2nya dia berdiri diatas tangga kolam!


Akhir sekali inilah gambar kami adik beradik, ipar duhai dan anak-anak saudara yang comel2 cun2 dan hesem2 hehehehe...Agak2nya yang mana satu Kak Lin Yer? KihKihKihKih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...