12 Oktober 2010

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum :D
Sambal Udang Ni Salah Satu Makanan Kegemaran Anak Bongsu Kak Lin. Bila Cuti Sekolah Pasti Inilah Salah Satu Menu Yang Dia Suruh Kak Lin Masak. 


Bahan2:-
500 Gram Udang
3 Keping Petai
6 Biji Bawang Kecil
1 Biji Bawang Putih
1 Senduk Cili Kisar
Sedikit Belacan
Sedikit Air Asam Jawa
Garam Dan Gula Mengikut Rasa


Cara2:-
Udang Di Bersihkan.   Petai Di Buang Kulitnya. Kisar Bawang Kecil, Belacan Dan Bawang Putih. Tumis Cili Kisar Kemudian Masukkan Bawang Yang Telah Dikisar. Masukkan Gula Dan Garam.  Biar Sehingga Kering Sedikit Kemudian Masukkan Udang Dan Air Asam Jawa. Biarkan Mendidih.  Akhir Sekali Masukkan Petai.


08 Oktober 2010

Sinar Cahaya Ayat Kursi





Assalamualaikum :D
Dalam Sebuah Hadis, Ada Menyebut Perihal Seekor Syaitan Yang Duduk Diatas Pintu Rumah. Tugasnya Ialah Untuk Menanam Keraguan Di Hati Suami Terhadap Kesetiaan Isteri Di Rumah Dan Keraguan Dihati Isteri Terhadap Kejujuran Suami Di Luar Rumah. Sebab Itulah Rasulullah Tidak Akan Masuk Rumah Sehinggalah Baginda Mendengar Jawaban Salam Daripada Isterinya. Disaat Itu Syaitan Akan Lari Bersama-Sama Dengan Salam Itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi Mengikut Hadis-Hadis:

1) Barang Siapa Membaca Ayat Al-Kursi Apabila Berbaring Di Tempat Tidurnya, Allah SWT Mewakilkan Dua Orang Malaikat Memeliharanya Hingga Subuh. 

2) Barang Siapa Membaca Ayat Al-Kursi Di Akhir Setiap Sembahyang Fardhu, Dia Akan Berada Dlm Lindungan Allah SWT Hingga Sembahyang Yang Lain.

3) Barang Siapa Membaca Ayat Al-Kursi Di Akhir Tiap Sembahyang,Tidak Menegah Akan Dia Daripada Masuk Syurga Kecuali Maut Dan Barang Siapa Membacanya Ketika Hendak Tidur, Allah SWT Memelihara Akan Dia Ke Atas Rumahnya, Rumah Jirannya Dan Ahli Rumah-Rumah Disekitarnya.

4) Barang Siapa Membaca Ayat Al-Kursi Di Akhir Tiap2 Sembahyang Fardhu, Allah SWT Menganugerahkan Dia Setiap Hati Orang Yg Bersyukur,Setiap Perbuatan Orang Yg Benar,Pahala Nabi2 Serta Allah Melimpahkan Padanya Rahmat.

5) Barang Siapa Membaca Ayat Al-Kursi Sebelum Keluar Rumahnya, Maka Allah SWT Mengutuskan 70,000 Malaikat Kepadanya - Mereka Semua Memohon Keampunan Dan Mendoakan Baginya.

6) Barang Siapa Membaca Ayat Al-Kursi Di Akhir Sembahyang Allah SWT Akan Mengendalikan Pengambilan Rohnya Dan Dia Adalah Seperti Orang Yang Berperang Bersama Nabi Allah Sehingga Mati Syahid.

7) Barang Siapa Yang Membaca Ayat Al-Kursi Ketika Dalam Kesempitan Nescaya Allah SWT Berkenan Memberi Pertolongan Kepadanya


05 Oktober 2010

Spaggethi Daging

Assalamualaikum :D
Terima kasih Pada Ajib Dan Isteri, Kak Sal Sekeluarga, Wati Dengan Anak Buahnya Dan Zahar Kerana Sudi Beraya Di Rumah Kak Lin....Juga Kak Lin Ucapkan Terima kasih Kepada Kakak Ipar Tersayang Kak Long Dan Abang Ghani (Anak Buah Yang Paling Manja) Hahahahahaha......Kerana Hadir Sama Datang Beraya Pada Malam Tadi....4hb Oktober, 2010. Terima kasih...Terima kasih....Terima kasih.....




Bahan2:-
1 Bungkus Spaggeti
5 Biji Tomato Di Potong Dadu
500Gram Daging Cincang
2 Sudu Besar Minyak Zaiton
1 Labu Bawang Besar Di Cincang Halus
3Ulas Bawang Putih
300Pes Tomato
4 Sudu Kecil Gula
2 Sudu Kecil Daun Oregano
2 Sudu Kecil Sweet Basil
1  Sudu Kecil Garam - Mengikut Rasa
10Tangkai Cili Kering - Jikalau Nak Pedas


Cara2:-
Panaskan Minyak Zaiton. Tumiskan Bawang Besar Dan Bawang Putih Hingga Naik Baunya. Masukkan Daging Kisar. Kacau Sehingga Daging Berwarna Perang. Kemudian Masukkan Lada Kisar, Buah Tomato, Pes Tomato, Oregano, Sweet Basil, Gula Dan Garam. Masak Sehingga Pekat. Rebus Spaggeti Dan Masukkan Sedikit Minyak Supaya Tidak Melekat. Kemudian Toskan. Masukkan Kedalam Pinggan Kemudian Tuang Sos Spageti Di Atasnya.

02 Oktober 2010

Bubur Tomyam


Assalamualaikum :D
Bubur ni Kak Lin suka ada rasa masam2 sedikit...sesuailah kalau untuk orang demam....hehehe...kalau tak demam boleh jer makan bubur ni sedap pada selera Kak lin...

BUBUR TOMYAM
Resepi: Majalah Rasa 
Sumber: LinRosly
Bahan2:-
240 Gram Beras
750 MLiter Air
200 Gram Isi Ayam
1 Biji Bawang Besar
5 Biji Cili Padi
1 Kiub Perasa Tomyam
1/2 Biji Lada Benggala Merah - Potong Kiub
1 Peket Jagung Muda
50 Gram Bunga Kobis
3 Helai Daun Limau Purut
1 Biji Limau Nipis - Ambil Jus
1 Batang Serai


Cara2:-
Masak Beras Bersama Air Dan Sedikit Garam Di Dalam Periuk. Biarkan Hingga Menjadi Bubur. Ketepikan. Tumiskan Bawang Besar, Bersama Cili Padi Dan Isi Ayam Hingga Naik Baunya. Masukkan Air Bersama Kiub TomYam, Lada Benggala, Putik Jagung, Serta Bunga Kobis, Dan Serai. Biarkan Hingga Lembut. Masukkan Daun Limau Purut, Jus Limau Nipis Dan Garam. Letak Bubur Di Dalam Mangkuk. Tuangkan Kuah TomYam Diatasnya......



23 September 2010

Sambal Kacang Kerisik

Assalamualaikum :D
Sambal kacang ni sedap rasanya tapi sedap lagi Sambal Kacang mak Kak Lin....hehehehe selera masing2 kadang2 masakan kita ni rasa sedap kadang2 tak sedap...ikut air tangan masing2 jangan pulak dibubuh air tangan kat dalam masakan tu yer....

SAMBAL KACANG KERISIK
Sumber: Nur Fatihah Murthi
Dicuba Oleh : LinRosly


Bahan2:-
600 Gram Kacang Tanah – Di Tumbuk
2 Cawan Gula Pasir
1 Mangkuk Cili Kisar
1 Biji Kelapa Parut – Si Buat Kerisik
Sedikit Garam Dan Asam

Bahan Giling:-
2.5 Cm Lengkuas
1.2 Cm Belacan
10 Ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
6 Batang Serai


Cara2:-
Panaskan Minyak, Tumis Bahan Giling Kemudian Masukkan Cili Kisar.  Masukkan Gula, Air Asam Dan Garam.  Kacau Supaya Tidak Melekat. Akhir  Sekali Masukkan Pula Kacang Tumbuk Dan Kerisik.  Bila Telah Masak Bolehlah Diangkat.


06 September 2010

Selamat Hari Raya 2010



Assalamualaikum :D
Kak Lin Sekeluarga Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Khas Buat Sahabat Andai, Saudara Mara, Adik Beradik Dan Anak-Anak Saudara Semua.....Maaf Di Pohon Di Atas Segala Salah Dan Silap...Di Depan..Di Belakang Di Kiri Dan Kanan....Hehehehehe.....

02 September 2010

Ayam Masak Semur

Assalamualaikum :D
Resepi Ayam Kampung Masak Semor Ni...... Kak Lin Dapat Daripada Seorang Kawan Yang Tinggal Di Kg Melayu Raya....Memang Sedap Pun....Tapi Anak2 Kak Lin Tak Suka Ayam Kampung.....Jomlah Tengok Resepinya.....

AYAM MASAK SEMUR
Sumber: LinRosly

Bahan2:-
1 Ekor Ayam Kampung - Potong 8
1 Mangkuk Santan Pekat Dari Sebiji Kelapa
8 Biji Bawang Merah
6 Ulas Bawang Putih
3 Biji Buah Pala
1/2 Sudu Kecil Lada Sulah
1/2 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan Putih
3 Sm Kulit Kayu Manis
1 Peket Soo Hoon
Kicap Manis
Garam
Gula



Cara2:-
Kisar Bawang Merah, Bawang Putih, Jintan Manis, Dan Jintan Putih. Ayam Di Bersihkan Kemudian Di Rebus Bersama-sama Dengan Bahan Kisar, Kulit Kayu Manis, Buah Pala Dan Kicap Manis.  Biarkan Ayam Empuk Dan Air Rebusannya Tinggal Sedikit, Masukkan Pula Santan Pekat, Lada Sulah Dan Soon Hoon.  Biarkan Mendidih Dan Kuahnya Pekat. Selepas Itu Bolehlah Di Hidangkan.  



27 Ogos 2010

Mi Rebus

Assalamualaikum :D
Bila masa hari raya inilah salah satu menu rumah terbuka, resepinya tak ingat datang dari mana sebab dah siap tertulis didalam buku resepi Kak Lin beberapa tahun dahulu...hehehe


Bahan2:-
1 Kilo Mi Kuning
300 Gram Udang
5 Biji Cili Merah *Di Hiris
3 Keping Tahu Goreng *Di Hiris
3 Biji Telor Rebus *Di Belah 2
5 Biji Limau Kasturi
Sedikit Taugeh
Bawang Goreng
Daun Bawang *Di Hiris

Bahan Kuah:-
5 Buku Keledek *Di Rebus Di Kisar Dengan Air
300Gram Udang Kering *Di Kisar
100 Gram Serbuk Kari Daging
10 Biji Cili Kering
8 Ulas Bawang Putih
3 Batang Serai          
1  Inci Halia





Cara2:-
Mee Di Bersihkan Dan Di Celur Dengan Air Panas.  Kak Lin Masak Air Panas Tuangkan Di atas Mee. Cili Kering, Bawang Putih, Serai Dan Halia Di Kisar  Kemudian Tumis Hingga Garing. Masukkan Udang Kering Dan Serbuk Kari Daging. Masak Lagi. Akhir Sekali Masukkan Pula Air, Keledek Kisar, Udang, Garam Dan Gula. Biarkan Mendidih. Masukkan Mee Ke Dalam Mangkuk, Bubuh Taugeh, Tahu, Telor Rebus, Bawang Goreng, Daun Bawang Dan Limau Kasturi. Tuangkan Kuah Diatasnya.


24 Ogos 2010

Kacang Botol Goreng Petai

Assalamualaikum :D
Satu Masa Tu Kak Lin Pergi Beraya Rumah Mak Uda Di Maran, Pahang.  Waktu Makan Tengahari Salah Satu Menu Yang Mak Uda Hidangkan Adalah Kacang Botol Goreng Dengan Petai....Punyalah Berseleranya Anak Bongsu Kak Lin Makan......Balik Segamat Disuruhnya Pulak Kak Lin Masak Macam Mak Uda Masak.....Apa Lagi Calling2lah Mak Uda Tanya Resepi.......Jom Tgk Resepinya Mudah Jerkan....Tapi Kadang2 Air Tangan Tak Sama....Huhuhuhuhu.....Terima kasih Mak Uda!


Bahan2:-
1Ikat Kacang Botol
3 Papan Petai
10Tangkai Cili Kering
1Genggam Ikan Bilis-Di Tumbuk
1Biji Bawang Besar       
2Ulas Bawang Putih
Sedikit Belacan
Sedikit Garam 
Sedikit Gula


Cara2:-
Kacang Botol Di Hiris. Petai Di Buang Kulitnya.
Kisar Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih Dan Belacan. Kemudian Panaskan Sedikit Minyak Dan Tumis Hingga Naik Baunya.  Masukkan Ikan Bilis, Garam Dan Gula Masak Lagi Hingga Mengeluarkan Minyak.
Akhir Sekali Masukkan Kacang Botol Dan Petai. Balik-Balik Sebentar Kemudian Angkat.

Ayam Masam Manis

Assalamualaikum :D
Ayam Masam Manis kegemaran anak-anak Kak Lin, dulu masa kechik2 dia orang suka makan Ayam, sampai tak tau ayam nak masak apa....Kak Lin buat jer ayam masam manis ni janji boleh dimakan....alhamdulilah sedap pulak rasanya, masuk bakul angkat sendirilah!!

AYAM MASAM MANIS
Sumber: LinRosly

Bahan2:-
6 Ketul Ayam
2 Biji Bawang Besar - Di Kisar
4 Ulas Bawang Putih - Di Kisar
8 Sudu Besar Sos Cili
5 Sudu Besar Minyak Masak
4 Sudu Besar Tepung Jagung
4 Sudu Besar Sos Tomato
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam Dan Gula Secukup Rasa




Cara2:-
Gaulkan Ayam Dengan Garam Dan Serbuk Kunyit. Goreng Hingga Masak. Tumis Bahan Yang Di Kisar Hingga Berbau Wangi. Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Garam, Gula Dan Didihkan Sekejap. Kemudian Masukkan Ayam Dan Tepung Jagung. Masak Lagi Hingga Hampir Kering.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...