30 Mac 2011

Kek Coklat Kukus - *Kak Liza*

Assalamualaikum :D
Sebenarnya buat masa ni Kak Lin tengah sibuk dengan akaun tahunan untuk cukai pendapatan.  Sapa2 yang makan gaji tu cepat-cepat ler buat efiling sebelum 30hb April, 2011. Jangan dah last minit baru nak terkejar-kejar....yang berniaga tu pula,  jangan buat-buat lupa nak melaporkan pendapatan, kalau kena denda ...tanggung sendiri yerk!

Dalam sibuk-sibuk tu pulak ada yang menyuruh Kak Lin buat Kek Coklat, katanya dah lama tak makan.  Permintaannya tu dah berminggu2 tapi tak sempat nak di tunaikan, baru hari ni Kak Lin dapat menunaikannya...

Resepi Kek Coklat Kukus Chef Hanieliza jadi pilihan....Kak Lin bawa sebuku jer ke Pejabat tapiii tak cukup...kedekut betul Kak Lin ni...hehehehe.  Bukan kedekut tapi pertama kali mencuba...insya allah bila buat kali kedua nanti bolehlah lebih2 sikit kan? Hahahaha...

KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Chef Hanieliza
Dicuba Oleh : LinRosly



Bahan A
1cawan susu cair
1cawan air
1cawan mentega cair
2cawan gula perang

BahanB
2cawan tepung gandum
1/2cawan serbuk koko
1sudu teh baking powder
1sudu teh bikarbonat

BahanC
1biji telur*
1sudu teh esen vanila* kacau rata


Cara2:-
1.Panaskan kukusan
2.Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3.Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan. Kacau rata.
4.Bahan C dipukul dengan garpu dan masukkan kedalam mangkuk adunan. 
   (Kacau supaya tidak bergentel.)
5.Lapik loyang dengan kertas dan masukkan adunan.
6.Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (bagi mengelakkan kek pecah)
7.Hias dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.


Krim Coklat
1cawan susu pekat
2sudu makan serbuk koko
2sudu makan mentega

Cara Membuat Krim Coklat
1.Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau rata.
2.Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi
4.Tutup api dan kacau sehingga sebati lagi.
5.Tunggu sehingga sedikit, kemudian tuangkan di atas kek.


26 Mac 2011

Keli Salai Lomak Cili Padi *Mas*

Assalamualaikum :D
Sebelum Kak Lin mulakan cerita tentang resepi kali ini,  Kak Lin nak citer pasal "Mak Kak Lin Nyaris Tertipu". Mak Kak Lin tinggal seorg di Kg, Kak Lin ajak tinggal dengan Kak Lin dia menolak kerana kat rumah Kak Lin pun x ada org kalau Kak Lin dan suami keluar bekerja.  

Pada hari sabtu 2 minggu lepas ada 2 org perempuan datang kerumah Mak Kak Lin, mereka kata mereka dari Jabatan Agama Johor bahagian zakat dan Mak Kak Lin telah terpilih untuk menerima zakat berjumlah RM10,000.00, tetapi dengan syarat Mak Kak Lin tak boleh beritahu pada anak-anak.  Kemudian mereka minta buku akaun Mak Kak Lin, nak tengok berapa banyak duit yang ada dalam akaun bank, tetapi dalam buku akaun tersebut memang kosonglah!. sebab semua buku Mak, Kak Lin yang pegang.  Lepas tu dia minta  Mak Kak Lin menyerahkan wang sebanyak RM 500.00 jika hendak mendapatkan wang RM10,000.00 yang mereka janjikan. Jika tidak wang RM 10,000.00 tersebut tak kan dapat. Mak Kak Lin kata "Mak Cik tak ada duit, hanya ada RM 30.00 sahaja, itu pun utk belanja dapur" Kemudian mereka kata "oleh kerana Makcik tak dapat menyediakan wang sebanyak RM 500.00 maka Makcik tak dapatlah wang RM 10,000.00 tersebut". Mak Kak Lin kata "tak apalah bukan rezeki makcik" mereka pun terus berlalu pergi.  Mak Kak Lin tak dapat nak ambil No Kereta mereka,  masa tu Mak Kak Lin tak pakai cermin mata, jadi tak nampak.  Berhati-hatilah pada ibu-ibu yang tinggal keseorangan dirumah.

Okeylah berbalik pada resepi kali ini "Ikan Keli Salai Lomak Cili Padi" resepi dari umah Mas Terima kasih Mas! muaaahhhhhh....sumber dari Kak Norma....Terima kasih juga pada Kak Norma. Kak Lin masak kaw! kaw! kepedasannya, makan pulak dengan nasi panas Wow! terangkat!

 KELI SALAI LOMAK CILI PADI
Sumber : Kak Norma  Resepi Dari Rumah : Mas 
Dicua Oleh: LinRosly

Bahan2:-
3 ekor ikan keli - dibersihkan 
*  cili padi  - terpulang banyak mana nk...
*  kunyit hidup 
* 1 biji bawang besar 
Santan - dr setengah biji kelapa - Kak Lin guna santan kotak
Sebiji limau nipis - Kak Lin guna asam keping
Garam dan perasa

Cara2:-
1.Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
2.Bahan-bahan bertanda  * ditumbuk halus ( Kak Lin kisar jer ). Kemudian,masukkan ke dalam periuk
3.Masukkan santan dan asam keping. Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan keli salai.
4.Masukkan garam dan perasa
5.Masak hingga kuah pekat dan boleh tutup api.

23 Mac 2011

Asam Pedas Ikan Tenggiri - *MaDiHaA*


ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Sumber: Dari Dapur MaDiHaA 
Dicuba Oleh : LinRosly

Assalamualaikum :D
Sebelum nak citer pasal resepi nak luahkan perasaan dulu...Januari 2010 Kak Lin disahkan menghadapi masalah hati.  Beberapa kali buat pemeriksaan darah,  hati Kak Lin tetap tak normal! Kak Lin teruskan makan ubat yang doctor bagi dan amalkan makan-makanan kesihatan yang lain alhamdulilah nampaknya hati Kak Lin telah sembuh sepenuhnya.  Mulai dari saat ini Doctor suruh Kak Lin menjalani suntikan hepatitis B tetapi macam-macam alasan yang Kak Lin berikan. Almaklumlah dah lama tak kena suntik...takut! 

23hb mac, 2011
Sudah hampir setahun lebih masa berlalu...Semalam Kak Lin kena pergi ke Klinik buat pemeriksaan darah untuk urik asid, kolestrol, diabetes dan darah tinggi...alhamdulilah semuanya normal.  Kak Lin ke Klinik ditemani oleh suami tersayang..Doctor beritahu suami Kak Lin, Kak Lin belum mendapat suntikan hepatitis B maka semalam dengan tak rela hati terpaksalah Kak lin menjalani satu suntikan hepatitis B untuk dos pertama...huhuhuhu...

Sampai di Pejabat, seorang sahabat baik Kak Lin tolong masakkan air panas dan suruh Kak Lin tuam....Terima kasih pada yang sudi ambil berat.

Kak Lin dah lama tak masak asam pedas...tempohari jalan-jalan kat blog Ratna ternampak ikan tenggiri masak asam pedas. Kebetulan pulak dalam peti sejuk memang ada  Ikan tenggiri. Apa tunggu lagi....Jom! Masak! Hehehehe


Bahan2:-
3 ~ 4 keping ikan tenggiri ~ bersihkan 
secekak daun kesum
10 biji bendi ~ cuci bersih dan tos JANGAN KERAT LAGI supaya tak berlendir!
2 batang serai ~ diketuk
4 cawan air atau secukupnya 
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 sudu kecil gula
2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan air ambil jusnya
1 ½ senduk sedang minyak masak


Bahan2 Dikisar Halus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup/1 sudu kecil kunyit serbuk
1 inci halia
2 hirisan lengkuas
6 sudu besar cili kisar/ 20 biji cili kering ~ direbus hingga lembut
1 inci belacan (1" x 1")

Cara2:-
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga wangi dan terbit minyak.  Masukkan air, air asam jawa dan biar hingga mendidih.
2. Masukkan ikan, garam, perasa serta gula dan masak sekejap. Kemudian masukkan daun kesum.  Masa ni barulah kerat pangkal kacang bendi dan terus masukkan ke dalam kuah dan renih sehingga nampak bendi lembut. Biarkan secukup rasa dan bolehlah dihidang. 

18 Mac 2011

Terima kasih dan Tahniah Buat MamaFami

Assalamualaikum :D
Sebelum Kak Lin meneruskan cerita pasal N3 ni Kak Lin nak menyingkap kenangan lalu....huhuhuhuh....

Sebenarnya kan....sebelum Kak Lin berkenalan dengan blog ni Kak Lin terlebih dahulu kenal dengan "Fotopages". Orang yang memperkenalkan Kak Lin pada "Fotopages" Tahun 2003 adalah MamaFami Kemudian beberapa tahun kemudian Kak Lin beralih kepada "blogger" tetapi kadang update kadang tidak....sampai terlupa password pun ada...hihihihihi. Harap2 lepas ni tak begitu yer...

Kak Lin ni sebenarnya jarang beli Majalah Jelita...dan Kak Lin tau masakan MamaFami masuk Majalah Jelita bulan Februari dari rumah Kak Ummi.  Serata Segamat ni Kak Lin cari Majalah Jelita tersebut tetapi hampa! dah habis!.  Kak Lin telefon MamaFami ucap Tahniah! dan tolong carikan Majalah Jelita....alhamdulilah MamaFami terjumpa Majalah tersebut di sebuah Kedai...itu pun dah nak dimasukkan ke dalam kotak untuk dipulangkan semula.

Pada 16hb. Mac, 2011 MamaFami sms pada Kak Lin bertanyakan alamat, beliau nak poskan Majalah Jelita. Tetapiiii yang sampai pada Kak Lin semalam adalah Majalah Jelita dan Brownies....Kak Lin terharu sangat dapat Brownies dari MamaFami tak sangka dapat merasa masakan beliau. Terima kasih dan Tahniah sekali lagi buat MamaFami!


Brownies Dari : MamaFami

Borwnies Dan Majalah Jelita
Dari: MamaFami


Resepi di Majalah Jelita
Sumber : MamaFami



15 Mac 2011

Siput Masak Lemak

Assalamualaikum :D
Seronok betul Kak Lin bila mendapat tahu adik ipar dari Johor Bahru nak datang dan tidur dirumah Kak Lin pada hari Ahad tempohari.  Kebetulan pada hari Sabtu tu ada Pasar Tani apa lagi shopping sakanlah! Sebenarnya Kak Lin selalu shopping di Pasar Awam...beli barang sikit2 tapi bila Kak Lin ke Pasar Tani tak cukup tangan bawa barang ke Kereta! siap 2 kali ulang tu! Ikan dan sayur yang di jual di Pasar Tani lebih segar dari di Pasar Awam...Pasar Tani ni pulak bukanlah hari-hari ada cuma seminggu 2 kali atau seminggu 3 kali.

Bila tengok siput sedut dan batang keladi tergantung di salah sebuah gerai di Pasar Tani tu teringin pulak Kak Lin nak masak siput sedut masak lemak cili padi bersama dengan batang keladi....


Bahan2:
1kilo siput
1ikat batang keladi
1ikat daun kesum
15tangkai cili padi – ikut pedas*
6biji bawang merah*
2biji bawang putih*
1inci halia*
1inci kunyit hidup* kisar
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair
1keping asam gelugur
-garam secukup rasa


Cara2:-
1.Batang keladi di kerat kemudian dibersihkan dan dicelor bersama sedikit garam. Toskan.
2.Siput di potong ekor dan di bersihkan.
3.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama-sama dengan siput tadi.  Masukkan juga santan cair, daun kesum, batang keladi dan asam gelugur serta garam. Masak hingga mendidih.
4.Akhir sekali masukkan santan pekat. Biarkan mendidih sebentar kemudian angkat.


11 Mac 2011

Kek Kukus Dua Warna

Assalamualaikum :D
Salam Jumaat daripada Kak Lin khas untuk sahabat-sahabat blog yang disayangi...sebulan yang lalu Kak Lin terjumpa resepi Kek Kukus Dua Warna kat dalam Utusan Malaysia. Resepinya teramat senang...Pada anak-anak dara yang baru nak belajar2 buat kek kukus tu memang sesuai sangatlah...hehehehe.

Ingat nak suruh si anak dara Kak Lin belajar2 buat Kek Kukus ni pada musim cuti sekolah yang akan datang Mac ni... tapiii belum sampai cuti sekolah lagi siibunya pulak yang gatal tangan nak mencuba! Ini adalah resepi asal dari Utusan Malaysia...Kak Lin tak ubah apa-apa pun!

KEK KUKUS DUA WARNA
Sumber: Utusan Malaysia
Dicuba Oleh : LinRosly
Bahan2:-
6biji telur
1sudu besar ovalette
1cawan gula halus
½ camca esen vanilla
1 ½ cawan tepung superfine – diayak
2 ½ sudu minyak jagung
-sedikit pewarna merah


Cara2:-
1.Panaskan pengukus dahulu dan griskan Loyang mengikut saiz kesukaan anda
2.pukul telur, ovalette,gula,esen vanilla dan tepung hingga kembang dan kental selama 6-8 minit dengan kelajuan maksimum.
3.Turunkan kelajuan paling rendah dan kacaukan minyak dalam adunan kek.
4.Asingkan kepada dua bahagian mengikut warna yang disukai.
5.Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
6. Tuangkan sebelah menyebelah mengikut warna supaya ada ton yang berbeza pada kek yang telah  masak.
7.Pastikan dituang ¾ penuh dari acuan. Kukus hingga kek masak.

04 Mac 2011

Sardin Sotong Goreng Cili Padi


SARDIN SOTONG GORENG CILI PADI
Sumber: LinRosly
Assalamualaikum :D
Sardin sotong goreng cili padi ini kegemaran anak-anak sedara dan juga anak-anak Kak Lin. Bila dia orang datang kerumah Kak Lin, pasti ada yang suruh Kak Lin masak sardin sotong goreng cili padi ni.  Seronok tengok dia orang makan dengan penuh berselera. Pada sesiapa yang ada penyakit resdung memang tidak digalakkan untuk menikmati hidangan ini yer! hehehehe


Bahan2:-
1tin sardin sotong cap mahkota
3ulas bawang merah*
1ulas bawang putih*
½ inci halia*
8biji cili padi*ditumbuk
1 biji bawang besar-dihiris
2 biji lada merah-dihiris
1 biji buah tomato-dibelah 4
-  Garam
  
Cara2:-
1.Sotong dan airnya diasingkan.
2.Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik baunya. Masukkan sotong. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan air sotong dan garam.
3. Akhir sekali masukkan bahan yang dihiris dan buah tomato. Kacau seketika kemudian bolehlah dihidangkan.


03 Mac 2011

Tahniah! Kak Ummi Dan CMG

Assalamualaikum :D
Lin nak ucapkan Jutaan Tahniah! buat Kak Ummi tersayang kerana masakan dan resepi2nya telah disiarkan oleh Majalah Jelita keluaran Mac 2011.  Amboi!!! tersenyum simpul Kak Ummi... macam si manis 17, bila menatap majalah Jelita tu, heheheheh. Ampun!! Kak Ummi...Gurau jer...Jangan mare....  Alhamdulilah...  rezeki dari ALLAH buat Kak Ummi. Semoga Kak Ummi akan maju dan terus maju ke hadapan di dalam bidang masakan yang beliau minati dan juga di dalam kerjayanya...Aminnnn.




Kak Lin juga nak mengucapkan Tahniah! buat CMG kerana resepi beliau,  Kek Mocha Devil telah disiarkan oleh majalah Jelita Mac 2010.  Siap dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh CMG. Tu yang teramat mahal! hehehe. Insya Allah Kak Lin nak cuba semua resepi2 ni.... lebih-lebih lagi Kek Mocha Devil ni... amat menyelerakan. Nampak2nya tak jadilah Kak Lin berdiet!


28 Februari 2011

Singgang Ikan

SINGGANG IKAN TENGGIRI
Sumber : CMG 

Assalamualaikum :D
Hari ini Kak Lin nak tayang masak Singgang Ikan,  sumber daripada CMG dan Kak Lin copy resepi ini dari Blog Yatie. Terima kasih daun keladi buat kedua-dua pakar masak yang Kak Lin minati ini.   Masakan mereka berdua sudah semestinya sedap!. Kak Lin juga akan mencuba resepi2 masakan daripada blog rakan-rakan yang lain...cuma tunggu masa yang sesuai...Insya Allah....

Kak Lin nak bertolak ke Kluang untuk menghantar anak-anak pulang ke asrama....sudi-sudikanlah melayari blog Kak Lin yer...Terima kasih.



Bahan2:-
3 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan (ikan lain pun boleh..)
1 liter air (nak lebih boleh tambah)
1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
2 batang serai, dititik
1 1/2 inci kunyit hidup, dititik
1 helai daun kunyit, ( daun kesum pun boleh..)
8 biji cili padi merah, diketuk
sedikit belacan(saya tambah..sedap..)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa(letak gula sedikit..)
tomato@bendi

Cara2:-
1.Dalam periuk, masukkan semua bahan2 diatas, kecuali ikan dan garam. Masak hingga mendidih, kacau rata.
2.Masukkan ikan dan tambah perisa. Biar hingga ikan masak, dan rasa, jika ok boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm sedapp!!!




23 Februari 2011

Puding Trifle

Assalamualaikum :D
Apa khabar semua rakan-rakan blog yang di rindui? Harap kalian semua beroleh kebahagian dan kesejahteraan  hendaknya.  Maaflah kerana Kak Lin dah lama tak mengemaskini rumah Kak Lin ni... Sibuk dengan urusan keluarga.... Bila urusan keluarga dah selesai...Kak Lin pulak kurang sihat. Kurang sihat sebab tak ikut
nasihat  Doctor!!! huhuhuhuhu

Hari ni Kak Lin nak tayang Puding Trifle....Resepi daripada Azie Pelajar Pratikal di Pejabat Kak Lin. Kak Lin buat Puding Trifle ni juga atas permintaan Kak Fitriah sahabat Kak Lin di Facebook.

PUDING TRIFLE
Resepi: Azie
Dicuba Oleh: LinRosly

Bahan2:-
1  Buku Swiss Roll Cake* Vanila Atau Strawberry
1  Tin Susu Cair
2  Sudu Tepung Kastad
½ Sudu Esen Vanilla
2 Sudu Gula
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Peket Jeli * Perasa Mangga (Brand Nona)

Cara2 :-
1. Potong swiss roll kemudian susun di dalam loyang. Basahkan sedikit dengan air buah-buahan. 
2. Masukkan susu cair, tepung kastard, esen vanilla dan gula ke dalam periuk dan masak hingga likat. Tuangkan di atas swiss roll tadi. Biarkan sebentar.
3. Taburkan pula buah-buahan dalam tin di atas kastard tadi.
4. Baki Air buah-buahan tadi tu di masak dengan Jeli kemudian tuang di atas taburan buah-buahan.
5. Sejukkan dan sedia untuk di makan.



Cara Layer:-
1. Susun swiss roll dalam loyang
2. Basahkan dengan sedikit air buah-buhan campuran
3. Siramkan pula dengan adunan kastard
4. Taburkan buah-buahan campuran
5. Akhir sekali siramkan adunan jeli tadi.
6. Sejukkan.


11 Februari 2011

Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum :D
Hari ni Kak Lin nak tayang Ayam Masak Merah Madu...sedapp!! berselera anak-anak Kak Lin makan. Seronoknya tengok dia orang makan... Anak Kak Lin yang sulong tu tersangattttlah cerewetnya...makanan lain tak nak balik-balik ayam...sampai Kak Lin dah tak tahu ayam tu nak masak apa...

Kalau tak kena dengan selera dia...sanggup tak makan tu yang Kak Lin duk termenung fikirkan nak masak apa ayam ni... teringatkan resepi Ayam Masak Merah Madu dari blog Kak Nor cepat-cepat Kak Lin buka blog Kak Nor tengok resepi melalui handphone dan terus bersilat di dapur....hahahahaha.....Terimakasih Kak Nor Tersayanggg!!! Kerana Mu Masalah Lin Selesai...Huahuahuahua....Syukur Alhamdulilah.

AYAM MASAK MERAH MADU
Resepi : Kak Nor 
Dicuba Oleh : LinRosly

Bahan2:-
1/2 Ekor Ayam ~ Dipotong, Gaul Dgn Garam Dan Serbuk Kunyit
3 Sudu Besar Cili Mesin
1 Labu Bawang Besar *
3 Ulas Bawang Putih *
1/2 In Halia * (Kesemua Bahan * Diblend Halus)
3 Sudu Besar Sos Tomato @ Boleh Ganti Dgn Air Asam Jawa
1 Sudu Besar Kicap
1/2 Cawan Air
3 Sudu Besar Madu
- Garam
1 Labu Bawang Besar ~ Dipotong Bulat
1 Biji Cili Hijau ~ Dipotong Serong
- Minyak


Cara2:-
1.Goreng Ayam Hingga Masak Tp Jangan Terlalu Garing. Angkat Dan Ketepikan. Tinggalkan Sedikit Minyak Dlm Kuali Dan Masukkan Cili Mesin.
2.Goreng Hingga Garing Dan Masukkan Bahan Yg Diblend. Biarkan Hingga Garing Dan Masukkan Sos Tomato Dan Kicap.Goreng Hingga Pecah Minyak Dan Masukkan Air.
3.Masak Lagi Hingga Sedikit Pekat Dan Masukkan Madu Dan Sedikit Garam. Kacau Hingga Sebati Dan Masukkan Ayam.
4.Kacau2, Biar Ayam Sebati Dgn Rempah Dan Bila Kuah Hampir Pekat Masukkan Bawang Besar Yg Dipotong Bulat Dan Cili Hijau. Kacau2 Sekejap Dan Padamkan Api.Hidangkan Panas2.
5.Sedap Dimakan Dgn Nasi Putih Maupun Nasi Yg Berperisa Spt Nasi Minyak, Nasi Tomato Atau Nasi Serai Dll..Slmt Mencuba :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...